BTC USD 58,322.5 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hentikan Pengambilan Pekerja Asing

ammal07

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
368
Points
81
NAPE kurangkan pekerja asing, pengangguran
Oleh Zainab Mohd Yatim
[email protected]

S SUBRAMANIAM bersama timbalannya Datuk Noraini Ahmad (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Thomas George (kanan) melihat Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 di Kuala Lumpur, semalam.

10 garis panduan strategik galak pembangunan modal insan

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 dilancarkan semalam adalah inisiatif mengatasi jangkaan peningkatan pengangguran, selain mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, bertindak balas terhadap permintaan pantas dalam pasaran buruh dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja.

Pelan tindakan agenda nasional itu dilancarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada Persidangan Kebangsaan Tiga Pihak Bagi Amalan Kerja Baik, di sini.

Merangkumi 10 garis panduan strategik, pelan itu menggariskan langkah aktif dan mencegah pengangguran dan individu tidak aktif; menggalakkan penciptaan pekerjaan dan keusahawanan; menggalakkan penyesuaian dan mobiliti dalam pasaran pekerjaan; serta menggalakkan pembangunan modal insan dan pembelajaran berterusan.

Pelan itu juga menggariskan langkah menggalakkan pekerjaan bagi pekerja berpengalaman dan berusia; mengukuhkan kesamaan gender dalam pekerjaan; menggalakkan integrasi pasaran buruh bagi golongan kurang bernasib baik; memastikan setiap kerja dibayar; mengubah pekerjaan tidak diisytihar; dan mengatasi perbezaan pekerjaan serantau dan sektoral.

Antara inisiatif yang dirancang termasuk meningkatkan peranan laman web JobMalaysia menerusi proses penjenamaan semula dan tugas ini diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang akan mempromosikan laman web ke seluruh negara.

Bagi menggalakkan penciptaan pekerjaan, lebih banyak peluang akan diwujudkan dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan serta bidang yang mampu menawarkan bidang pekerjaan baru, termasuk pengurusan alam sekitar, kejuruteraan alam sekitar, mengurangkan pencemaran, pengurusan sisa dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sementara itu, inisiatif syarikat korporat untuk melebarkan sayap ke luar negara akan digalakkan kerana ia dapat menawarkan peluang pekerjaan baru dalam jangka panjang menerusi pembukaan laluan ke pasaran baru, mewujudkan permintaan bagi produk dan komponen tempatan serta mewujudkan syarikat multinasional Malaysia.

Menerusi garis panduan mewujudkan pekerjaan baru dalam bidang keusahawanan, kerajaan akan meningkatkan dan mengguna pakai program pembangunan usahawan tekno yang digerakkan menerusi skim teknologi inkubator bagi menjana usahawan baru teknologi dari peringkat permulaan.

Cetak artikel | Hantar pada kawan

###############################################################

dah terlalu banyak pekerja asing di malaysia ni, saya bekerja di syarikat multinasional,bahagian sekuriti dimonopoli oleh nepal,pembersihan/janitor dimonolpoli oleh bangla,bahagian pengeluaran pun dah mula bawa masuk mak indon,...kalau gejala ni berterusan, ramai pekerja tempatan menganggur di tempat sendiri.

masalahnya pekerja tempatan pun problem juga,gaji mereka dah mahal, tapi kerja hala-balai, malas,selalu mc,sembang banyak,takda rasa self ownership...

sejarah akan berulang, kalau zaman british dulu mereka bawa masuk orang india, pasal orang melayu taknak kerja di ladang getah,meraka bawa orang cina pula, pasal orang melayu taknak kerja di lombong,sekarang mereka bawa masuk pekerja asing pasal orang malaysia kerja tak,tak,tak,.....
 
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
aku sokong....

tapi yg aku tgk,dulu estet,india yg pegang..

lombong,cina yg pegang...

dulu blum ada lagi bangunan...skang dah ada,indon plak pegang...

orang melayu bg gaji 2k pn tak nak panjat bangunan...
 

roslinda

Active Member
Joined
Jun 4, 2006
Messages
1,871
Reaction score
10
Points
25
btui2..aku stuju...kat ladang kelapa sawit ayah aku pun cam tuuu...klu dia kje ngan kita pun...kjap2 wat yg org lain punya...sbb dia kata yg tuan lain lebih mahal gaji dr ayah aku...sedang kan ayah aku siap support umah ngan bil air n letrik lagi....sapa yg x marah....btui laa tuan lain harga lebih cun...tp pinjam shari 2 jeee...aku niii..siap tanggung lagi diaorg..adussss...pening22
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
btui2..aku stuju...kat ladang kelapa sawit ayah aku pun cam tuuu...klu dia kje ngan kita pun...kjap2 wat yg org lain punya...sbb dia kata yg tuan lain lebih mahal gaji dr ayah aku...sedang kan ayah aku siap support umah ngan bil air n letrik lagi....sapa yg x marah....btui laa tuan lain harga lebih cun...tp pinjam shari 2 jeee...aku niii..siap tanggung lagi diaorg..adussss...pening22

tak boleh halau warga asing...

cuma hadkan pengambilan jer..

kalo buat satu bangunan,banyak tu jela orangnye....

cadangan aku la...
 

ammal07

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
368
Points
81
saya cadangkan kadar pembangunan diperlahankan,supaya kita tak bergantung kepada pekerja asing,semua pekerja asing dihantar pulang,semua rakyat tempatan diberi pekerjaan.

tidak ada gunanya kalau pembangunan terlalu pesat, tetapi orang asing yang menguasai pekerjaan. rakyat tempatan menjadi malas dan terlalu memilih kerja.

kalau pembangunan perlahan, pekerja asing semua dihantar pulang, rakyat tempatan akan terpaska/berpeluang bekerja.rakyat akan amalkan cara hidup sederhana,kurang kuasa beli,bermakna barangan akan turun harga untuk sesuaikan dengan kuasa beli rakyat.
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,569
Reaction score
75
Points
120
benda tak jalan kalau rakyat tempatan terpaksa kerja selagi makan dan minum tak ada masalah. kebanyakkan pemuda kita masih ditanggung oleh mak bapak.

orang kita mahu jadi boss je...
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
amik boleh...tp yg lama2 tu kasi anta la..wat sesak jer...bkn besar sgt mesia ni pn
 

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
257
Points
81
larat ke org malaysia ni keje kontrak mcm org indon tu...?
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
saya cadangkan kadar pembangunan diperlahankan,supaya kita tak bergantung kepada pekerja asing,semua pekerja asing dihantar pulang,semua rakyat tempatan diberi pekerjaan.

tidak ada gunanya kalau pembangunan terlalu pesat, tetapi orang asing yang menguasai pekerjaan. rakyat tempatan menjadi malas dan terlalu memilih kerja.

kalau pembangunan perlahan, pekerja asing semua dihantar pulang, rakyat tempatan akan terpaska/berpeluang bekerja.rakyat akan amalkan cara hidup sederhana,kurang kuasa beli,bermakna barangan akan turun harga untuk sesuaikan dengan kuasa beli rakyat.

kurang kuasa beli bermakna inflasi la sedara..jika kuasa beli kurang..ini menunjukkan duit kita tak laku..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register