Henti Tohmahan Guru Makan Gaji Buta - NUTP

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
17.01.2021 - Kuala Lumpur, Masyarakat diminta menghentikan tohmahan kononnya guru kurang bekerja apabila melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik Covid-19. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata sejak pelaksanaan PKP fasa awal lepas, warga pendidik sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti makan gaji buta sedangkan mereka sudah cuba melakukan yang terbaik.

Beliau berkata sepanjang PdPR dilaksanakan, ramai guru sanggup berkorban demi memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi pembelajaran, malah apabila kaedah itu dilaksanakan hampir kesemua kos berkaitan ditanggung oleh guru sendiri, terutamanya melibatkan utiliti.

“Ada guru berkorban gunakan wang sendiri untuk melanggan data Internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Semua murid sekolah rendah dan murid tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mulai 20 Januari. Mengakui pembelajaran secara bersemuka lebih memberikan impak dan mencapai objektif jika dibandingkan dengan PdPR, Aminuddin berkata dalam keadaan sekarang, semua pihak harus menerima kenyataan bahawa PdPR adalah satu-satunya pilihan yang ada.

“Kami anggap segala permasalahan sebagai cabaran dan guru-guru akan melakukan yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan dan kesesuaian murid. Dalam hal ini, proses pengajaran dan pembelajaran guru adalah berasaskan keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada,” katanya.

Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan, tegasnya. Sebelum ini, KPM menyediakan manual PdPR meliputi pendekatan secara dalam talian, luar talian dan ‘off-site’, sama ada menggunakan modul pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek, selain sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran.

Pada 20 Disember lepas, Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahaya berkata sebanyak 2.699 juta sesi PdPR dilaksanakan membabitkan guru dan murid sekolah rendah dan menengah di bawah KPM di seluruh negara bagi tempoh 17 hingga 30 November tahun lepas. Daripada jumlah itu, 64 peratus merupakan PdPR secara dalam talian, 17 peratus luar talian manakala 19 peratus gabungan kedua-dua kaedah tersebut.

Screenshot-3678.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/henti-tohmahan-guru-makan-gaji-buta-nutp/
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376

Kesian cikgu ni
Nak kena hadap karenah pelajar bila belajar online
Murid tak fokus
ON OFF je hadir kelas
 
wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
691
Reaction score
202
Points
23
Paling kesian budak darjah satu tahun lepas. Bnyk basic tertinggal.

Cikgu kena ubah cara. Tahun lepas cikgu cuma bg homework melalui wassap.
Tahun ni harap lg bnyk guna zoom, google meet. Bg budak record setiap session tu. Boleh tgk balik. Bnykkan oral exam daripada homework bertulis.
 
dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,527
Reaction score
1,604
Points
596
Cabaran jadi cikgu kat malaysia
 
Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,752
Reaction score
612
Points
81
Susah nak cakap... sembang pembelajaran dirumah apanya kalau tenet pon xdak...

den duduk luar bandar, mak bapak xdak smartphone pon ada, topup pon skali rm10...tak kita hset bapak g keja... line tenet pon mcm siput bab1
cana nak kelas online.. xdak lam mimpi

Cikgu cuma mampu bg soalan kat wasap.. bagusnya cikgu siap susun jadual tiap hari 1 subjek.. bermakna 1 hari 1 latihan...

Cikgu scan la pdf latihan tu n hantar kat wasap... nak senang kita print bg kat anak... kalau tak kena salin balik la

tp ada gak cikgu snap buku latihan... aduiii... yg ni cana nak buat.. nak print pon gelap... darjah 1 pulak byk gambar... bapak lak xpandai melukis... abisnya pakai xbuat la

Sembang 5g gomen nie... 4g pon merangkak lg lambat dr siput bab1... apa org opis buat? stadium ffira mikah dah smp london... org kampung nak belajar pon susah
 
Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,752
Reaction score
612
Points
81
Nak tambah sikit lagi...

Cikgu bagi sari 1 latihan, pastu bebudak yg dah buat update nama lam list kat wasap...

Ada ja yg update nama dulu, keja belum buat hahaha... xletak nama kang takut kena aimed.. stress pulak kita mikir

Kesian cikgu, cana nak cover balik bebudak nie... cana nak compete exam ngan bebudak yg ada kemudahan bagai yg boleh catch-up pembelajaran online nie...
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,010
Reaction score
742
Points
121
kalau kena subjek yang tak teras, ye la kot boleh cakap guru tu santai kat umah hahaha.. tapi bukan bermaksud takde keja langsung, still kena up to date dgn arahan sekolah. tapi kena admit, mmg skrg santai la.

tapi jgn la pukul rata, sebelum covid diorg sibuk, yg sembang kencang ni takde pula nak puji.
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,010
Reaction score
742
Points
121
Nak tambah sikit lagi...

Cikgu bagi sari 1 latihan, pastu bebudak yg dah buat update nama lam list kat wasap...

Ada ja yg update nama dulu, keja belum buat hahaha... xletak nama kang takut kena aimed.. stress pulak kita mikir

Kesian cikgu, cana nak cover balik bebudak nie... cana nak compete exam ngan bebudak yg ada kemudahan bagai yg boleh catch-up pembelajaran online nie...
sampai ada satu tahap, bila bebudak ni mmg takde kemajuan, akhirnya pihak peperiksaan terpaksa akur untuk turunkan graf 'gred'. contoh kalau tahun 2005, nak dapat A+ markah 80 keatas. tapi tahun 2008, nak dapat A+ cukup 70 keatas.

aku x tau kalau benda ni masih diamalkan skrg.

mohon pencerahan.
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,817
Reaction score
679
Points
171
main hape pun dikira kerja juga
 
wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
691
Reaction score
202
Points
23
Susah nak cakap... sembang pembelajaran dirumah apanya kalau tenet pon xdak...

den duduk luar bandar, mak bapak xdak smartphone pon ada, topup pon skali rm10...tak kita hset bapak g keja... line tenet pon mcm siput bab1
cana nak kelas online.. xdak lam mimpi

Cikgu cuma mampu bg soalan kat wasap.. bagusnya cikgu siap susun jadual tiap hari 1 subjek.. bermakna 1 hari 1 latihan...

Cikgu scan la pdf latihan tu n hantar kat wasap... nak senang kita print bg kat anak... kalau tak kena salin balik la

tp ada gak cikgu snap buku latihan... aduiii... yg ni cana nak buat.. nak print pon gelap... darjah 1 pulak byk gambar... bapak lak xpandai melukis... abisnya pakai xbuat la

Sembang 5g gomen nie... 4g pon merangkak lg lambat dr siput bab1... apa org opis buat? stadium ffira mikah dah smp london... org kampung nak belajar pon susah
Bg homework via wassap tu caveman.
Patut cikgu kn zoom. Pastu bnykkan Q&A. Bg budak bnyk bercakap, present homework dari tulis.

Bnykkan oral exam.

Setakat hantar homework melalui wassap tu macam mkn gaji buta je lah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register