BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Henti Beri Diskaun Saman Trafik ?

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
04.10.2023 -
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan pemberian diskaun saman kepada mereka yang melakukan kesalahan trafik. Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, dengan amalan pemberian diskaun ini, seterusnya akan menyebabkan pengguna jalan raya tidak menghormati undang-undang. Menurutnya, amalan pemberian diskaun saman trafik itu juga bukan perkara yang baik.

"Malaysia satunya negara (yang memberikan diskaun). Saya tak pernah dengar negara lain memberi diskaun saman. Tidak ada. Negara jiran kita pun tiada. Singapura ada ke? Singapura tidak ada. Kita (sepatutnya) tak boleh gunakan alasan beri diskaun supaya kita nak orang bayar saman. Bila kita sebut sedemikian, ia seolah-olah memberikan mesej anda mahu duit mereka. Maklumat ini telah dihadam oleh orang ramai. Akhirnya undang-undang tidak dihormati," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, sebanyak RM52.772 juta saman aktif tertunggak kenderaan perdagangan membabitkan pelbagai kesalahan dikesan masih belum dilunaskan pesalah dan syarikat kenderaan perdagangan sejak 2018. Pengarah Penguatkuasa Kanan JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 175,909 saman masih aktif dan tertunggak membabitkan pemilik syarikat kenderaan perdagangan di seluruh negara. Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) juga seharusnya ditingkatkan tahap efisiennya.

"Jika sistem ini diaktifkan, kalau anda banyak buat kesalahan, lesen anda akan dibekukan. Yang kedua ialah sistem pengkalan data JPJ dan polis perlu dikongsi. Mereka tidak boleh menguruskannya secara berasingan. Apabila mereka menguruskan secara berasingan, ia akan melemahkan kesan atau impak Sistem Kejara. Bagi mereka mendapat maklumat yang terkini berkaitan kesalahan trafik, pengkalan data ini mesti diselaraskan. Saya rasa ini salah satu cara efisien bagi menyelesaikan masalah (mereka yang tak bayar saman). Kalau tidak, semua orang tak takut," katanya.

Pengguna jalan raya, Mohd Nazirul Hisham, 34, pula mendakwa kenderaan perdagangan seperti lori dan treler sejak akhir-ini banyak yang melanggar undang-undang. Dia berpandangan, kerajaan perlu memperketatkan lagi undang-undang dari segi hukuman yang dikenakan seperti menggantung lesen memandu sekiranya mereka gagal menjelaskan saman dalam satu tempoh masa.

"Ia berkemungkinan disebabkan penguatkuasaan kita yang kelihatan longgar walaupun pelbagai kompaun atau saman telah dikeluarkan," katanya. Pada masa yang sama, saya juga amat berharap agar pihak penguatkuasa kita dapat memberikan larangan kepada kenderaan perdagangan ini daripada menggunakan jalan raya utama khususnya pada waktu kemuncak. Ini adalah untuk menjamin keselamatan kepada penguna lain terutamanya bagi mereka yang keluar dan pulang ke rumah bagi urusan pekerjaan," katanya.​

1696403179458.png
 
patut "merge" masuk saman trafik dengan JPJ dalam sistem, jangan bagi renew lesen / roadtax kalo ada sama tertunggak .. sekarang ni saman JPJ je xboleh renew, kalo trafik masih boleh lagi ..
Kecuali ops sikap pun sangkut masa nk renew
 
yeke .. saya xpernah kena pasal roadblock sbb kenderaan saya semua standard je, lesen pun lama .. kena saman pun pasal overspeed / lalulintas je 🤭

kalo ops sikap polis xboleh renew ke?
Sama la x pernah kena jgk sebab member ada kena mmg sangkut sebab saman masa Ops Sikap
 
Patut kene diskaun la
Kurangkan harga saman
Polis jpj nak duit lebih
Kena keluar lebih byk saman
Buat lebih byk roadblock
Keje kena lebih
 
Back
Top
Log in Register