BTC USD 50,542.1 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Henti amalkan perkauman sempit'

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
DATUK Seri Anwar Ibrahim mengakui masih ada pemimpin dan ahli pakatan pembangkang mengamalkan perkauman sehingga menggagalkan usaha pembangkang untuk memenangi hati rakyat.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa pakatan pembangkang tidak mampu melawan Umno jika berterusan mempertahankan fahaman kaum yang sempit.

Sehubungan itu beliau mengesyorkan kaum Cina, India dan suku kaum seperti Iban dan Kadazan supaya menghapuskan perkauman sempit yang masih ada.

"Kita tidak boleh menang kalau kita tidak kalahkan amalan perkauman yang ada saki-baki di kalangan kita," katanya pada ucapan perdana Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, semalam.

Sehubungan itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, berkata pakatan pembangkang komited untuk melaksanakan pembinaan negara bangsa berteraskan kekuatan moral rakyat.

Katanya, usaha itu akan dapat dilaksanakan jika semua pihak keluar daripada kepompong perkauman yang direka oleh pihak berfikiran sempit yang mempertahankan warna kulit dan keturunan mereka.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register