BTC USD 28,470.9 Gold USD 1,977.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heliza Helmi dedah pengalaman bekerja dengan bangsa Cina

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Penyanyi, pelakon dan pengacara Heliza Helmi mendedahkan pengalamannya ketika membuat rakaman iklan baru-baru ini. lapor hotlips-yuya.blogspot.com

Heliza Helmi ternyata terkejut dengan layanan yang diberikan oleh tenaga kerjanya yang rata-rata merupakan orang cina.

Ini pengalaman yang dikongsi oleh Heliza Helmi:

MasyaAllah.... Allah.. Allah.. Allah..

Semoga Allah memberikan Taufik Hidayah kepada mereka. Ija ada shooting silky white ni dan mereka adalah Chinese

Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan prepare kan untuk you Solat.

Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. 'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik'

Handphone Ija, bila azan hp ni ada suara Azan, waktu Asar tadi, mereka sendiri yang stopkan shooting, dan mereka kata.... 'Okay Heliza you solat dulu ok? '

Sejadah ni pun mereka yang prepare.. Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya Allah MasyaAllah. Terima kasih Allah...

Solat tepat waktu. Dan Ija tak perlu mention pun ttg solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaAllah........ Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan Allah?

Itulah antara pengalaman menarik yang dikongsi oleh Heliza Helmi.


heliza%2Bhelmi%2B(2).jpg


helizqa.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register