BTC USD 36,222.4 Gold USD 1,838.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hebat, Tamadun Kedah Tua ditemui berusia 387 tahun SEBELUM Nabi ISA dilahirkan )

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,615
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,615
Reaction score
4,099
Points
261
Awards
1
Generasi sekarang tak minat sejarah okay lagi. Gomen tak minat sejarah itu yang pelik.

tapi bangunan kolonial bukan main dia jaga siap cat bagi cantik.
sekarang sejarah diguna dgn niat apa...kalau niat politik...cerita 13 Mei sgt menarik....hahaha....
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
saya tak cakap untuk dibanggkan...tapi sejarah boleh jadi pembangkit semangat untuk bangsa itu sendiri....tapi bangsa itu sendiri memperlekehkan sejarah sendiri...( bukan semua )....yg suka renung dan ambil pengajaran ok lah...yg tak minat langsung pun ada....tak mcm luar negara...sejarah negara mereka dipelajari dgn semangat...
Tau bang xckp untuk banggakan....tp tu la mslh org kt....suka rendahkan bangsa sendiri kn bang.... Smp nk ckp melayu pun ada yg malu huhuhu
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,615
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,615
Reaction score
4,099
Points
261
Awards
1
Tau bang xckp untuk banggakan....tp tu la mslh org kt....suka rendahkan bangsa sendiri kn bang.... Smp nk ckp melayu pun ada yg malu huhuhu
tu bergantung kpd mcm mereka didedahkan dan dididik....bab sejarah ni....
 

sranua

Fun Poster
Messages
380
Joined
Jul 25, 2012
Messages
380
Reaction score
28
Points
20
Semalam pergi satu resort ni, adalah aktiviti untuk anak2 tangguk ikan. Ada satu keluarga ni, dari yg kecik sampai yg besar speaking...ehh muka melayu habis, takde la nampak american mana pun.
Kalau dah maka bapak pun tak didik anak2 dgn bahasa Melayu, malu dgn bahasa pertuturan sendiri, agak pelik ni.
Tak taulah kalau keluarga Singapore yg gaknya malu sbb jadi Melayu. Jadi nak tunjukkan dia adalah singaporean, tu yg speaking je manjang.
Habis macam mana nak sayangkan sejarah negara, sejarah bangsa.
Peel menteri, penguasa tertinggi kita, org kayangan kita yg bakal jadi teraju negara pun mempercepatkan kejatuhan sejarah kita. Kalau dah anak2 belajar kat Alice Smith, sekolah antarabangsa..calah mana dia nak belajar kemerdekaan negara dibayar dgn air mata dan darah perjuangan. Itu yang ada muka melayu pun sokong Komunis.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
TAMADUN SUNGAI BATU - LOKASI BERSEJARAH TIDAK MESRA PELANCONG

Satu kelemahan kita didalam menilai Tamadun Sg Batu ialah, kita seringkali mengharapkan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu menghargai dan pergi melihat sendiri tapak dan sejarah Sg Batu. Namun kita tidak sedar bahawa orang Sungai Petani sendiri pun masih ramai yang tidak pernah menjejak kaki ke tapak warisan itu. Golongan yang pergi ke Sg Batu kebiasaannya peminat sejarah yang hanya kelompok kecil. Mustahil penduduk Malaysia pergi melancong ke kawasan yang masih uzur. Kalau mereka "selfie" dan muatnaik ke media sosial mungkin hanya dapat 10 likes sahaja kerana banyak pelepah kelapa sawit didalam gambar.

Kita harus faham bahawa rakyat Malaysia bukanlah golongan yang menjiwai sejarah. Rakyat kita perlukan sesuatu sentimen untuk menarik perhatian mereka seperti tuntutan Kedah keatas Pulau Pinang, ataupun sentimen Melayu adalah keturunan Chola. Sentimen seperti ini sangat memainkan peranan dan membuatkan orang Melayu melantun apabila sejarah mereka dipermainkan. Dari sentimen dan sejarah yang disensasikan, barulah lahir ramai peminat sejarah. Terima kasih kepada bangsa lain yang berjaya menjadikan sejarah Malaysia seperti "Melodi Versi Sejarah".

Rata-rata rakyat Malaysia masih didalam proses menjiwai nilai sejarah mereka. Doktrinisasi didalam masyarakat bukanlah boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat akan tetapi memakan masa yang panjang. Kita masih tidak berjaya sepenuhnya tetapi kita kearah memasyarakatkan sejarah. Kejayaan tersebut akan terbukti apabila ahli-ahli politik mengambil berat tinggalan sejarah yang ada. Mengambil berat bukan bermaksud pergi bergambar setiap kali kempen pilihanraya tetapi membantu dari segi infrastruktur serta kerjasama diantara semua pihak kuasa.

Kita tidak boleh membandingkan Sg Batu dengan Candi Borobudur yang mana kajian telah dimulakan lebih 100 tahun dahulu. Tempoh tersebut jauh berbeza dengan Sg Batu yang baru berumur 12 tahun. Kebanyakan pelancong yang pergi ke Borobudur bukanlah peminat sejarah, mereka pergi kerana destinasi wajib dan persekitaran cantik sahaja. Jika anda tanya sejarah Borobudur kepada mereka, rata-rata mereka hanya "nganga" sambil menguyah tempe goreng bersalut cili.

Jadi untuk menarik pelancong ke Tamadun Sg Batu, kekuatan sejarah sahaja tidak cukup. Pihak berwajib perlu menyediakan persekitaran yang cantik dan lengkap. Kalau boleh buat sampai pelancong yang memuatnaik gambar mereka ke media sosial mendapat beribu-ribu "lemon" like. Kalau nak menarik lagi, buat sampai budak-budak Tiktok menjadikan lokasi tersebut sebagai "trend" untuk mereka buat video. Biarpun kita selaku golongan dewasa menyirap tengok kelakuan mereka, tetapi dari sudut positif juga tidak boleh dinafikan.

Apa-apapun terima kasih kepada pihak USM terutama Professor Dato' Dr. Mohd Mokhtar Saidin serta angkatan beliau yang tidak tahu putus asa mengangkat sejarah Tamadun Sg Batu. Mereka telah melakukan sedaya upaya selaku penyelidik akademik. Perjuangan 12 tahun bukan perkara mudah. Jika seorang bayi yang lahir 12 tahun dahulu, kini sudah darjah 6 tuan puan sekalian.

Sekarang ini terpulang kepada pihak berwajib untuk mengangkat Tamadun Sg Batu. Lagipun pilihanraya semakin dekat, kami selaku rakyat taktau nak undi sapa.

Penulis: Admin Wafi Ibn Ahmad

 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Sungguh pelik negara ni. 2,000,000 tuyere yang dijumpai di Sungai Batu tidak ditulis dalam buku-buku sejarah sekolah untuk generasi-generasi muda Melayu tahu dan bangga. Bukan itu sahaja. Penemuan 4 fungsi yang bertaraf dunia struktur sebuah pelabuhan dan pengurusan jeti yang terlengkap di dunia, tapak peleburan besi purba terbesar di dunia dan monumen ritual yang berbentuk satu-satunya di dunia pun tidak diberitahu dalam apa satu berita perdana pun.

Berbeza dengan dunia barat. Atau lain-lain tempat. Dengan 20 butir tuyere sahaja dunia Barat angkat Perancis, beri periktirafan peniup angin purba dalam bahasa mereka. Belum lagi kita kata buku-buku sejarah mereka. Tentunya bangga dengan penemuan 20 biji tuyere.

Kita? Kita? Boleh sahaja beritahu penemuan penyelidikan universiti tempatan menjumpai 2,000,000 tuyere di satu kawasan dalam tapak peleburan yang menunjukkan masyarakat lama di Malaysia lebur besi dunia.

14 tahun. Keluar duit hanya untuk buat kajian dan sekarang kajian pun dah tak ada dah?

Apa ni? Takkan tak ada sedikit rasa kesedaran dan bangga dalam diri para pemimpin negara terutamanya Melayu?

Malu masih satu perkataan yang orang akan lupa. Kecewa, satu perkataan yang pastinya akan berganti dengan rasa yang lain bila lupa perkara kecewa. Tapi hal tidak mahu sejarah bangsa diberitahu ini adalah sesuatu perkara yang sangat luar biasa.

Kalau Melayu jati tak akan buat begini. Pelik!

 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Nak hairan apa org politik kata xdk komersial value tmpt sejarah kt....tu xdk sapa yg perjuangankn....first time jejak situ tahun 2004 masa tu ada tapak ja prof usm duk cr gali....padahal masa tu kerajaan Kedah pun dh tau....tp xdpt bantuan pun....bertukar2 kerajaan tetap sama....ms promosi pelancongan pun buat buat sekerat jln ja....
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Proses peleburan besi di Sungai Batu semenjak tahun 788 Sebelum Masehi atau sebelum Nabi Isa dilahirkan.

FB_IMG_1639187001929.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Ramai pembaca baharu bertanya kepada halaman, tuyere tu apa?

Kira-kira 2800 tahun yang lampau, tanpa ada kemajuan tekonologi, tanpa ada sistem komunikasi internet, bangsa ini telah pun menjuarai dalam membekalkan dunia besi-besi yang telah dilebur. Pekerjaan atau perusahaan yang membabitkan besi adalah paling tinggi hirerkinya. Paling tinggi. Di kala semua tamadun dunia yang berlangsung pada tahun 788 Sebelum Masehi hanya berasaskan ugama dan perkembangan serta naiknya tamadun dengan naiknya pembinaan rumah-rumah ibadat serta kumpulan ugama yang menjadi penasihat Raja-raja. Tetapi tamadun Melayu ini tidak berasaskan agama tetapi berasaskan ekonomi.

Besi Kedah Tua dipanggil Qala'i. Menurut apa yang ditulis Al Kindi, pedang terbaik dunia adalah pedang Arab, pedang Qala'i dan pedang Hind. Tetapi jika kita baca kembali apa yang ditulis Al Kindi, Qala'i yang datang dari Qalah adalah inilah yang dikumpulkan di Hind dan ditambah baik samada menjadi pedang Arab atau Hind.

Dan besi adalah besi Qala'i.

Bagaimana pembuatan meleburkan besi?

Bijih-bijih besi di semua Tapak Arkeologi Sungai Batu iaitu 6 tapak dari 17 tapak yang dibuka, hasil kajian mendapati bijih diambil dari kawasan UITM Merbok dan Tupah.

Bijih-bijih besi belum lagi boleh ditempa menjadi sebarang peralatan besi siap kerana perlu dilebur. Dan peleburan adalah sangat sukar kerana suhu lebur besi adalah yang paling tinggi yang perlu manusia hasilkan iaitu 1100' celcius.

Cara bangsa Melayu melebur besi adalah berperingkat dan memerlukan kemahiran yang cukup hebat iaitu bermula dalam mengenal pasti jenis bijih besi. Pekerjaan-pekerjaan lain selepas mengenalpasti jenis besi juga bukan satu perkara yang mudah di mana bijih-bijih besi gunung ini dipecahkan, dipanggang berkali-kali untuk membantu proses peleburan kerana sifat besi yang cukup keras.

Cara mana suhu peleburan dikawal adalah tak lain tak bukan melalui penggunaan tuyere atau peniup angin.

Relau itu seperti satu ketuhar memasak besi. Diperbuat dari tanah liat yang mampu menahan pembakaran dan membantu mengekalkan kepanasan. Relau ini akan dilekatkan tuyere di dindingnya bagi manusia mengawal udara masuk dan memastikan pembakaran suhu dapat dicapai pada tahap kepanasan yang diperlukan.

Lagi tinggi suhu lagi cantik kualiti besi.

Tuyere atau peniup angin dijumpai di Perancis dengan hanya berbilangan 20 butir. Dan dunia Eropah begitu gembira dengan penemuan ini sehingga ianya dipanggil tuyere sebagai memberi penghormatan kepada negara Perancis kerana peniup besi ini menunjukkan Barat hebat. Boleh menguasai besi di zaman lampau.

Tentu sahaja Sungai Batu masih belum dijumpai ketika Perancis jumpa tuyere-tuyere ini di sebuah kampung yang kemudiannya dinamakan kampung tuyere.

Di Malaysia, tahun 2010 sudah dijumpai tapak yang ada 2,000,000 longgokan tuyere ini tetapi kita tak tahu langsung sehingga artikel ini dibaca oleh kalian.

Melayu hebat ke tidak?

FB_IMG_1639232578146.jpg
FB_IMG_1639232581213.jpg
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Ilmu lebur besi tu ada kt sapa hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register