BTC USD 36,175.3 Gold USD 1,839.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hebat, Tamadun Kedah Tua ditemui berusia 387 tahun SEBELUM Nabi ISA dilahirkan )

m_radd

Active+ Member
Messages
2,517
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
Betulke ada tamadun hebat ni...mana piramid kat Malaysia ni kalau betul ada tamadun hebat dulu...ada piramid baru aku percaya
 
Sponsored Post

sepek

Active+ Member
Messages
4,774
Joined
Oct 1, 2009
Messages
4,774
Reaction score
8
Points
25
susah nak kaji sejarah Melayu, xde tinggalan bangunan & xde catatan penulisan...
yg ada byk cerita hikayat yg ntah betul ke tidak, mcm cerita novel zaman skrg, byk tokok tambah yg direka-reka...
China, Jepun, Korea ada catatan drpd pihak istana sendiri yg disimpan ratusan tahun tp di Tanah Melayu, sama ada semua catatan dibakar atau dirampas penjajah x diketahui sbb selepas penjajahan Portugis, juga tiada catatan sejarah drpd pihak istana Melaka yg melarikan diri dan tubuh kerajaan di Johor & Perak...

kesultanan Pahang yg wujud seera zaman Langkasuka dan Melaka juga tidak mencatat sebarang sejarah dlm simpanan istana...

yg ada catatan selepas berakhirnya zaman tersebut hasil cerita dari mulut ke mulut yg hasilnya byk tokok tambah dan terhasilnya hikayat2 yg x logik dek akal jalan ceritanya.

semua kerajaan lama/silam di asia tenggara tiada catatan bertulis menerangkan tentang diri mereka.
 

ooz

Active+ Member
Messages
2,762
Joined
May 24, 2008
Messages
2,762
Reaction score
282
Points
41
semua kerajaan lama/silam di asia tenggara tiada catatan bertulis menerangkan tentang diri mereka.

ini lah maksud "reset".
semua infos hilang atau disembunyikan sengaja atau tidak.
hanya yang "berdaulat" masih boleh akses mana2 yang perlu.
Wallahu A'lam Bishawab
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Tamadun Kedah Tua bakal lenyap?

SUNGAI PETANI: Tapak Arkeologi Sungai Batu di Merbok dekat sini yang diiktiraf tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara yang juga Tamadun Kedah Tua bakal lenyap jika kerajaan gagal meneruskan projek penyelidikan dan kerja-kerja pemulihan selepas ditemukan pada 2009.

Aktivis sejarah dan penduduk berharap kerajaan dapat membangunkan tapak bersejarah itu yang didakwa pernah berkembang sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi hingga kurun 17 Masihi secara serius.

Mereka percaya usaha mengetengahkan tapak arkeologi yang diisytiharkan sebagai tinggalan peradaban tertua di Asia Tenggara oleh lima badan arkeologi yang mewakili peradaban utama di dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerika, China dan Rom itu di peringkat dunia tidak akan berjaya jika penyelidikan di kawasan itu dihentikan.

Seorang aktivis sejarah, Nur Dini Mohd. Noh, 43, berkata, peruntukan yang besar perlu disediakan untuk meneruskan penyelidikan dan pemuliharaan tapak arkeologi, seterusnya menjadikan kawasan itu produk arkeopelancongan terkemuka.

Ini kerana katanya, Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak serius dalam usaha ‘mengangkat’ tapak tamadun tersebut yang menyimpan khazanah berharga selepas penemuan sisa-sisa sebuah tamadun purba seperti kawasan peleburan besi, pelabuhan kapal dagangan dan pentadbiran pelabuhan kuno.

“Alhamdulillah, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk penyelenggaran infrastruktur pelancongan di Lembah Bujang dan pembaikan Bangunan Sultan Abdul Samad pada Bajet 2022, Jumaat lalu.

“Malangnya, Sungai Batu berdepan risiko kemungkinan tidak akan ada penyelidikan arkeologi lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Nur Dini berkata, pelbagai pihak termasuk dari luar negara teruja dan berbangga dengan penemuan tapak bersejarah tersebut yang menunjukkan Tamadun Kedah Tua merupakan pengeluar besi secara besar-besaran dan dieksport ke seluruh dunia bermula seawal tahun 788 Sebelum Masihi.

Jelasnya, pakar arkeologi dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin telah melakukan kerja ekskavasi sejak 2009 melibatkan 52 tapak daripada 97 tapak penemuan termasuk monumen penyembahan, jeti atau pelabuhan, pentadbiran pelabuhan dan bengkel peleburan besi.

“Mereka menemukan empat hingga tujuh kapal dagang dengan anggaran sepanjang 100 kaki setiap kapal yang berusia kira-kira 2,500 tahun yang masih tertanam dan karam di dasar tasik di tapak tersebut.

“Lebih dua juta ‘tuyere’ atau peniup angin iaitu peralatan penting dalam industri kuno peleburan besi turut ditemukan di kawasan itu.

“Ini membuktikan masyarakat Sungai Batu telah wujud sekitar 788 Sebelum Masihi dan mempunyai kemahiran dan teknologi melebur besi serta eksport jongkong besi,” katanya.

Jelasnya, kerja-kerja penyelidikan perlu diteruskan dengan lebih agresif bagi membongkar sejarah kehebatan ketamadunan Melayu untuk tatapan generasi akan datang.

“Kerajaan perlu bersungguh-sungguh membangunkan tinggalan sejarah dengan perancangan yang tersusun supaya tidak terus lenyap,” jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd. Farizan Mohd. Saad, 42, berkata, peruntukan Bajet 2022 itu diharapkan dapat disalurkan dengan sebaiknya untuk pembangunan pelancongan di Lembah Bujang.

 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,615
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,615
Reaction score
4,099
Points
261
Awards
1
Kadang kadang Tamadun Melayu ..cerita asal usul diperlekeh oleh bangsa itu sendiri....tak boleh buat apa...generasi sekarang tak minat sejarah.....so akan lenyap mcm tu sajalah...
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Kadang kadang Tamadun Melayu ..cerita asal usul diperlekeh oleh bangsa itu sendiri....tak boleh buat apa...generasi sekarang tak minat sejarah.....so akan lenyap mcm tu sajalah...
Sejarah untuk kt hayati bkn untuk bangga diri kan bang.....klau kt dh besa terjun lubang yg sama xkn nak terjun lg bila kt tau tmpt tu bahaya....tu sebenarnya intipati sejarah untuk kt renung bersama....tingkatkan jd diri.. .bkn jd ego....
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,294
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,294
Reaction score
3,006
Points
266
Awards
1
Kadang kadang Tamadun Melayu ..cerita asal usul diperlekeh oleh bangsa itu sendiri....tak boleh buat apa...generasi sekarang tak minat sejarah.....so akan lenyap mcm tu sajalah...
Generasi sekarang tak minat sejarah okay lagi. Gomen tak minat sejarah itu yang pelik.

tapi bangunan kolonial bukan main dia jaga siap cat bagi cantik.
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Generasi sekarang tak minat sejarah okay lagi. Gomen tak minat sejarah itu yang pelik.

tapi bangunan kolonial bukan main dia jaga siap cat bagi cantik.
Minda penjajah kuat lg dlm gomen kt tu bang.....
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,615
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,615
Reaction score
4,099
Points
261
Awards
1
Sejarah untuk kt hayati bkn untuk bangga diri kan bang.....klau kt dh besa terjun lubang yg sama xkn nak terjun lg bila kt tau tmpt tu bahaya....tu sebenarnya intipati sejarah untuk kt renung bersama....tingkatkan jd diri.. .bkn jd ego....
saya tak cakap untuk dibanggkan...tapi sejarah boleh jadi pembangkit semangat untuk bangsa itu sendiri....tapi bangsa itu sendiri memperlekehkan sejarah sendiri...( bukan semua )....yg suka renung dan ambil pengajaran ok lah...yg tak minat langsung pun ada....tak mcm luar negara...sejarah negara mereka dipelajari dgn semangat...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register