BTC USD 44,171.2 Gold USD 1,765.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Heart Aerospace ES-19, Pesawat Elektrik Untuk Perjalanan Jarak Dekat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Industri penerbangan adalah antara yang paling mencemarkan dunia dengan tapak karbon lebih besar berbanding sistem pengangkutan awam yang lain. Sejak berdekad lamanya, pengeluar pesawat mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan pencemaran seperti bahan api lebih hijau dan enjin lebih efisien. Tetapi penggunaan kuasa elektrik ialah antara cadangan yang semakin popular tetapi isu jarak penerbangan yang pendek mula menjadi masalah.
Hearth-Aerospace-ES-19-Kapal-terbang-B-950x535.jpg.webp

Heart Aerospace ES-19 ialah pesawat elektrik kecil yang mampu membawa 19 penumpang yang memang direka untuk perjalanan jarak dekat sehingga 400 km sahaja. Ini adalah lebih kurang jarak di antara Kuala Lumpur ke Langkawi. Menurut Heart Aerospace, ES-19 tidak direka untuk menggantikan pesawat sedia ada. Sebaliknya ia direka untuk perjalanan jarak pendek yang dianggap tidak menguntungkan oleh syarikat penerbangan komersial kerana kos operasi yang mahal.

ES-19 dibekalkan kuasa menggunakan sel bateri yang menguasai empat enjin elektrik yang berkipas. Kos penerbangan dianggarkan 20 kali ganda lebih murah berbanding pesawat enjin turboprop manakala kos selenggara pula sehingga 100 kali ganda lebih rendah.
Hearth-Aerospace-ES-19-Kapal-terbang-C-950x535.jpg.webp

Dengan kemampuan STOL, ia hanya memerlukan landasan sepanjang 750 meter sahaja untuk beroperasi menjadikannya sesuai untuk operasi kawasan pedalaman yang tidak boleh diakses kenderaan lain.

Pesawar masih lagi dalam proses ujian dengan sasaran penerbangan pertama dilakukan pada 2024 dan operasi komersial pula pada suku ke-empat 2026. United Airlines menunjukkan minat mengendalikan 100 pesawat ES-19 kelak. Ia satu lagi strategi serampang United yang sebelum ini mengumumkan minat membeli pesawat supersonik Overture dari Boom Supesonic. Tangan kanan menyelamatkan dunia dengan pesawat elektrik. tangan kiri mencemarinya semula dengan pesawat adipantas.​
 
Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,830
Reaction score
1,832
Points
156
Maksudnya flight ni pergi KL-Ipoh-KL je.
Lepas tu charge balik atau tukar batteri?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register