Hai, boleh saya kongsi pengalaman saya dengan HDEO ni.
Sebelum ni saya adalah pengguna tegar HDEO rimula r3x sejak setahun yang lalu. saya gunakan pada wave 125s tahun 2009 saya. memang tidak di nafikan sejak menggunakan HDEO enjin saya menjadi senyap & penukaran gear yang lancar.
tetapi baru seminggu lepas saya mencuba HDEO Petronas Urania CJ-4 (RM22) kedalam moto saya, dan ini review saya:
1)semasa idle, enjin saya lebih stabil berbanding sebelum ni.
2)memasukkan & menurunkan gear lebih lembut.
3)injin berasa lebih rengan & senyap berbanding sebelumnya.
4)penggunaan petrol juga lebih jimat berbanding sebelum.
5)ketahanan minyak, belum dapat dipastikan lagi kerana baru 1minggu pakai.
Kesimpulannya, buat masa sekarang saya betul2 berpuas hati menggunakan minyak ini.