BTC USD 57,030.7 Gold USD 1,772.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HBA bingung, jumlah projek rumah terbengkalai tak sama

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
HBA bingung, jumlah projek rumah terbengkalai tak sama

Isu pemaju yang bermasalah untuk meneruskan projek mereka bukan perkara baharu, menurut persatuan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Persatuan yang mewakili pembeli rumah mempersoalkan perbezaan antara jumlah projek rumah terbengkalai yang didedahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican dengan angka yang disenaraikan pada laman sesawang kementerian terbabit.

Baru-baru ini Reezal memberitahu Parlimen bahawa terdapat 79 projek rumah swasta yang terbengkalai setakat 30 Sept dan ia membabitkan lebih 17,000 unit dan 11,000 pembeli.

Bagaimanapun laman sesawang kementerian pula menyenaraikan sebanyak 198 projek rumah terbengkalai dan angka itu disahkan oleh jurucakapnya sambil menjelaskan jumlah tersebut membabitkan projek di seluruh Semenanjung.


Bercakap kepada FMT, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata, beliau tertanya-tanya mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara.

.
“Adakah seseorang cuba menggambarkan keadaan yang tidak begitu serius ataupun ia hanyalah satu kesilapan?”

Beliau berkata, senarai itu tidak memasukkan projek terbengkalai di Sabah dan Sarawak serta projek yang dilaksanakan oleh kerajaan dan agensinya.

Chang turut berkata, statistik itu juga tidak memasukkan projek yang terbiar dan dikategorikan sebagai “projek sakit” dan “lewat siap” yang didakwanya membabitkan jumlah hampir tiga kali lebih tinggi berbanding projek terbengkalai.

Sebahagian daripada projek tersenarai dalam laman sesawang itu terbengkalai sejak 1997 manakala yang terbaru bermula sejak 2019.

Chang berkata, isu mengenai pemaju yang bermasalah untuk meneruskan projek mereka bukan perkara baharu dan pembelinya adalah “mangsa terbesarnya”.

Katanya, pembeli berdepan “pengalaman trauma” apabila mengeluarkan sebahagian besar wang simpanan untuk memiliki rumah namun impian itu tidak kesampaian.

“Lebih teruk lagi apabila mereka tetap perlu membayar ansuran pinjaman perumahan setiap bulan.”
 
Sponsored Post

rsat

Active Member
Messages
1,362
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,362
Reaction score
228
Points
43
Selangor mmg tak heran. Rumah x abis lagi jual, dah naik rumah baru..berlambak2 rumah tapi rega rumah mampu tengok jaa..
 

maxpda

Super Active Member
Messages
8,382
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,382
Reaction score
420
Points
91
Ade solusi x... Naya pembeli loan kena bayar rumah tak siap/lambat siap... Kita xde ke insuran yang boleh cover benda macam ni... Pemaju bayar premium..
 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,644
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,644
Reaction score
2,747
Points
201
Tu pun jgn ada hati nm tmbh buat rumah lg....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register