Hati-hati kaum wanita...(mesti baca!!)

CG Sponsors




honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
KUALA LUMPUR: Berhati-hati berikutan kini muncul sekumpulan lelaki dikesan menggunakan cecair misteri yang sengaja disembur ke muka mangsa terutama wanita bagi membuatkan mangsa pengsan secara mendadak sebelum dirompak.

Dalam kes terbaru malam kelmarin, seorang pengurup wang berusia 20 tahun menjadi mangsa apabila disembur dengan cecair pelik berkenaan menyebabkan mangsa pengsan sebelum diculik. Difahamkan, mangsa yang tinggal di Flet Sri Johor di sini, turut dirompak rantai emas, gelang, subang dan cincin oleh empat lelaki terbabit. Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang berjalan bersendirian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya, di sini. Menurutnya, dua lelaki bertubuh gempal tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum seorang mengeluarkan satu objek sebelum menghalakannya ke muka mangsa. “Difahamkan suspek menyembur cecair dari alat terbabit tepat ke arah mata dan muka menyebabkan mangsa terus pengsan. “Susulan itu, mereka mengangkat mangsa sebelum dimasukkan ke dalam kereta Proton Waja yang sudah sedia menunggu,” katanya. Menurutnya, suspek yang tersedar daripada pengsan kira-kira dua jam kemudian terkejut apabila mendapati berada dalam sebuah kereta. Ketika itu terdapat empat lelaki tidak dikenali termasuk dua daripadanya berbadan gempal yang sebelum itu menyerangnya di stesen LRT.

Mangsa yang cuba untuk menyelamatkan diri sebaliknya dipukul dan ditampar berulang kali.

“Mangsa turut diarah menyerahkan semua barang berharga miliknya bagi mengelak dicederakan,” katanya. Bagaimanapun, mangsa mengingkari arahan suspek menyebabkan dia dibelasah sebelum semua barang kemas, wang tunai dan dokumen penting miliknya dirampas. “Tidak cukup dengan itu, seorang suspek kemudian mengugut mangsa supaya menyediakan wang tunai RM1,000 selewat-lewatnya esok jika tidak mahu kejadian sama berulang. “Mangsa kemudian dibawa berhampiran kawasan Batu Caves, Gombak di sini sebelum ditinggalkan di tepi jalan,” katanya.
 
Sponsored Post

dyla shahri

CG Top Poster Club
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,919
Reaction score
1,040
Points
191
thanks tt,
diorg ni keje la,asyik nk merompak jer,
x malu ker ?
sedangkan orang oku pn keje jugak cari duit halal!
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Makin lama makin banyak jenayah cam gini berlaku. Dah tak aman dan selamat cam gini. Jln sorang2 aje kena samun dan colek.
 

roslanab

Active Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
2,483
Reaction score
23
Points
25
kira nasib baek lagi tu hanya kena rompak.
kalau kena r0g0l.. lagi la malang dua kali.
 

KaZuMa_KiRyUu

Fun Poster
Joined
Dec 25, 2008
Messages
612
Reaction score
2
Points
15
hmmm.. kalau ekonomi jatuh, makin byk perompak la jawab nyer.. sbb time tu, susah nk cari keje.. so, terpakse wat keje ni utk truskn idup..
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
kesimpulannya : jgn jln sorang2
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
flat sri johor?
dkat ngan umah aku ni..
 

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
makin kreative diorang nie... huhuu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register