BTC USD 28,588.3 Gold USD 1,976.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati-hati dengan pendakwah media maya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
HULU TERENGGANU - Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah menerima ajaran agama melalui media maya dan pendakwah dari luar negara yang mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, umat Islam di negara ini harus berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba menyebarkan fahaman Islam liberal di negara ini.

"Pada masa sama umat Islam juga dinasihatkan tidak mudah menerima pengajaran agama menerusi internet yang tidak diketahui sumber sebenarnya dan mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

"Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dipaparkan dalam internet, jika merasa sangsi, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dewan serbaguna Masjid Kampung Menerong, Ajil di sini.

Jailani berkata, sejak kebelakangan ini semakin banyak bahan agama dipaparkan melalui internet yang tidak diketahui sejauh mana kesahihan dan kebenarannya.

Mengenai pendakwah luar Jailani berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati kerana semakin ramai pihak yang menyamar sebagai pendakwah tetapi mereka sebenarnya oportunis Islam yang mempunyai kepentigan dengan berselindung sebagai pendakwah.

Semalam akhbar melaporkan tokoh Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla dilarang memasuki negara ini kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau dan seterusnya menghalang kehadiran Ulil yang dijadualkan mengadakan ceramah di negara ini pada 15 Oktober ini yang mendapat jemputan beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) di sini. - Bernama
 
Sponsored Post

pcbase

Active Member
Messages
1,893
Joined
Aug 1, 2008
Messages
1,893
Reaction score
25
Points
30
ustaz jakim kata puasa arafah ikut anak bulan 9 zulhijah kalender malaysia.
ustaz dalam utube kata puasa arafah ikut hari arafah orang buat haji. nabi tak sebut puasa 9 zulhijah.

dulu-dulu 10 tahun lepas selama bertahun tahun ustaz jakim masa bulan puasa punya semangat sebar hadis palsu dalam radio/tv kelebihan solat tarawih. malam ni fadilat ni, malam esok ni. selamba saja jakim tak rasa bersalah.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register