BTC USD 32,659.2 Gold USD 1,775.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati-Hati Dengan Pautan Mesej Dari Servis Penghantaran

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,629
Reaction score
3,998
Points
236
Baru-baru ini tular mengenai "Whatsapp Pink" yang mencuri data peribadi pengguna melalui teknik phishing. Kali ini, perisian hasad baharu bernama "Flubot" telah menyerang peranti Android dan luas merebak di UK, Sepanyol, Jerman, dan Poland. Flubot adalah perisian hasad yang menyamar sebagai aplikasi penjejak penghantaran yang mampu mencuri maklumat perbankan serta kata laluan peranti.

Menurut pengguna di UK, mereka mendapat mesej dari DHL dengan pautan yang akan menjejak bungkusan penghantaran. Namun, mesej dan pautan itu adalah palsu dan akan mendatangkan perisian hasad Flubot. Melalui laman palsu tersebut, pengguna akan diberi arahan dan diminta untuk memuat turun sebuah aplikasi untuk menjejak bungkusan melalui telefon pintar mereka.

Selesai memuat turun, aplikasi tersebut akan meminta pelbagai kebenaran untuk Flubot mengakses maklumat dan mencipta paparan log masuk palsu melalui aplikasi lain. Flubot juga boleh merebak secara sendiri dengan menghantar pautan ke kenalan yang di simpan di dalam peranti.

Pengguna dinasihati untuk tidak menekan pautan-pautan mencurigakan yang dihantar melalui mesej. Untuk lebih selamat semasa menjejak bungkusan atau penghantaran, buat panggilan secara terus untuk dapat status bungkusan.


Sumber asal https://www.91mobiles.com/hub/flubot-malware-android-phone-steals-netbanking-passwords/
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,927
Reaction score
1,888
Points
201
Alamak baru smlm dpt sms tuk reschedule. Tapi x ada la kene download apps ke ape
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register