Hati Abang Luluh Tengok Adik OKU Di Tumbuk, Di Ludah

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
07.08.2020 - Tanah Merah, Seorang abang meluahkan rasa sedih dan geram selepas mendapati adiknya yang juga remaja orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun ditumbuk dan ditampar oleh dua lelaki di Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, semalam, apabila mangsa yang berusia 16 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dipanggil dua suspek yang dikenali.

Mangsa yang juga OKU kategori masalah pembelajaran itu bengkak di bahagian muka akibat ditumbuk dan ditampar dua lelaki terbabit.

Kejadian itu kemudiannya tular di Facebook selepas hantaran dibuat abang mangsa yang menggunakan nama Wan Muhammad Mustaqim.

Dalam tulisan itu, Mustaqim menyatakan rasa luluh dan geram selepas mengetahui adiknya dipukul.

"Luluh hati aku jerit (menangis) tak beradu orang buat adik aku begini, sampai hati pukul budak OKU. Orang tua dah yang pukul, dua beradik pukul adik aku seorang.

"Laporan (polis) dah dibuat, tunggu (polis) kutip. Jangan ingat aku nak duduk diam. Pukul budak OKU samseng apa macam tu, kalau betul salah adik aku, datang jumpa aku bincang baik-baik.

"Yang pukul ini orang kaya rumah besar, duit banyak, dia rasa dia lebih jadi ego. Tak cukup dengan pukul dia ludah muka adik aku. Sungguh berat ya Allah dugaanmu," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf ketika dihubungi media mengesahkan pihaknya menerima laporan kes tersebut.

Jelasnya, kejadian disebabkan mangsa dituduh memecah masuk dan mencuri dalam rumah seorang daripada suspek terbabit.

"Mangsa ditumbuk beberapa kali di bahagian muka dan bibir oleh dua lelaki berkenaan.

"Selepas itu mangsa juga dikatakan ditampar kiri dan kanan pipi sebelum terjatuh di bahu jalan sebelum diludah di bahagian muka oleh seorang daripada suspek.

"Mangsa kemudian terus pulang ke rumah dan bapanya yang menyedari keadaan muka mangsa yang bengkak segera bertanyakan kejadian yang berlaku sebelum mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya, hari ini.

Tambah Zainuddin laporan polis dibuat di Balai Polis Gual Ipoh malam tadi, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

373d39895e26ba25f4bec848a7f3fe96.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/537786
 
Sponsored Post

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,255
Reaction score
415
Points
86
ore kayo .. lepas latew nanti...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register