BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hat Yai destinasi cuti termurah di Asia, Malaysia di Miri

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,989
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,989
Reaction score
5,219
Points
486
Awards
1
ad4f2a4d-c5e8-468e-864f-3e83e1656bcb.jpeg


PETALING JAYA – Hat Yai, Thailand mengungguli tempat pertama dalam senarai destinasi paling murah di Asia untuk percutian hujung tahun dengan harga bilik secara purata RM205 satu malam.

Lokasi popular di selatan Thailand itu menjadi pilihan utama pelancong yang mahukan percutian bajet kerana terkenal dengan pasar meriah dan makanan jalanan selain suasana Krismas yang meriah pada musim percutian.

Surakarta, Indonesia pula berada di tempat kedua dengan harga bilik purata RM210, diikuti Varanasi, India (RM219) dan Dalat, Vietnam (RM277).

Destinasi Miri, Malaysia berada di tangga kelima dengan harga bilik purata RM290 satu malam.

Destinasi lain ialah Subic, Filipina RM384, Taitung, Taiwan (RM447), Nagoya, Jepun (RM487), dan Yeosu-si, Korea Selatan (RM572).

Agoda dalam satu kenyataan berkata, hujung tahun merupakan masa terbaik untuk bercuti meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Namun begitu, perbelanjaan boleh meningkat sekiranya tidak dipantau,” katanya.

Sementara itu, senarai destinasi murah dipilih berdasarkan analisis kadar bilik purata di 10 destinasi utama pada September hingga Oktober lalu. -KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register