BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasrat miliki kerusi roda tercapai

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sumbangan kerusi roda tercapai roda dari JKM membantu Sahuliah menjaga suaminya, Yahaya untuk menjalani kehidupan harian.​

LUBUK MERBAU - Hasrat seorang bekas anggota tentera untuk memiliki kerusi roda bagi membantu memudahkannya menjalani kehidupan akhirnya mendapat perhatian.

Yahaya Domeh, 88, dari Kampung Sungai Kap Mukim Tekai Kiri lumpuh sejak beberapa bulan lalu kerana angin ahmar ternyata gembira apabila hasratnya itu direalisasikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap.

Yahaya yang terlantar sejak empat bulan lalu hanya bergantung hidup kepada pendapatan isterinya yang bekerja sebagai penoreh getah dan menjual kuih.

Isterinya, Sahuliah Saad, 56, berkata, usia membatasi keupayaannya untuk menguruskan suaminya.

"Dengan usia saya ini, agak sukar untuk saya mengangkatnya setiap kali dia mahu ke tandas.

"Sejak suami lumpuh, memang sukar untuk dia bergerak tanpa kerusi roda," katanya.

Menurutnya, dia sangat berterima kasih kepada JKM kerana turut bersimpati dengan penderitaan suamnya yang lumpuh itu.

"Kerusi roda ini ia akan memudahkan saya menguruskan suami, termasuk membawanya ke tandas mahupun mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran," katanya.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan rayuan seorang bekas tentera yang lumpuh untuk mendapatkan kerusi roda dan bantuan kewangan bagi membiayainya kos membeli lampin pakai buang.
 
Back
Top
Log in Register