BTC USD 27,592.8 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasrat Mat Sabu Jadi Menteri KDN Tidak Kesampaian, Hanya Dilantik Sebagai Menteri Pertanian

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2
IMG_20221206_000846_257.jpg

Kerajaan disarankan untuk memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mendepani krisis ekonomi dan makanan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Menterinya Mohamad Sabu berkata ini juga sekali gus bagi melicinkan pengoperasian kementerian dan memastikan semua perancangan berada dalam keadaan teratur.

Baca berita lanjut di grid.astroawani.com

#AWANInews
#PantauKerajaanBaharu
 

g-man

Legendary Member
gem
Messages
10,744
Joined
Jan 16, 2011
Messages
10,744
Reaction score
1,872
Points
201
Pe
IMG_20221206_000846_257.jpg

Kerajaan disarankan untuk memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mendepani krisis ekonomi dan makanan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Menterinya Mohamad Sabu berkata ini juga sekali gus bagi melicinkan pengoperasian kementerian dan memastikan semua perancangan berada dalam keadaan teratur.

Baca berita lanjut di grid.astroawani.com

#AWANInews
#PantauKerajaanBaharu
Peruntukan?...aiii..awal² dh mnta peruntukkan bang mat..kerja la bang kerja...teloq kasi turun harga..pasai pa mnta peruntukkan?...cannot brain bang mat
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,716
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,716
Reaction score
3,004
Points
266
Awards
1

Mohamad Sabu kembali sebagai menteri kabinet​


03 DEC 2022
A⁻A⁺

2009360.jpg


Mohamad Sabu


SHAH ALAM – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kembali semula menyertai barisan Kabinet sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Mohamad, 68, sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada Mei 2018 sehingga Februari 2020 menerusi barisan kabinet yang dibentuk kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada PRU15, Mohamad yang popular dek gaya bersemangatnya serta pandai berjenaka apabila berada di atas pentas ceramah politik berjaya mengekalkan kemenangan beliau untuk dua penggal berturut-turut bagi kerusi Parlimen Kota Raja di Selangor.

Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran dalam jurusan Teknologi Makanan, Sains Gunaan di Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekitar tahun 1970-an.

Kerjaya politik Mohamad bermula apabila beliau aktif menyertai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1975 sebelum menganggotai Pas pada 1981.

Mat Sabu memegang pelbagai jawatan dalam Pas antaranya ialah Pemangku Ketua Pemuda Pas dari 1989 hingga 1991 dan Naib Presiden Pas selama dua penggal dari 2007 hingga 2011 serta Timbalan Presiden Pas dari 2011 hingga 2015.

Pada 16 September 2015, Mohamad menubuhkan parti Amanah yang merupakan parti serpihan Pas dan menjadi Presiden pertama Amanah.

Amanah pada awal penubuhannya disertai bekas anggota Pas selepas berlaku perpecahan dalam parti itu (Pas) susulan tindakan parti Islam itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP sehingga menyebabkan gabungan Pakatan Rakyat yang mewakili pembangkang ketika itu berakhir.

Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan dari 1990 hingga 1995; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dari 1995 hingga 1999; Ahli Parlimen Kuala Kedah di Kedah dari 1999 hingga 2004 dan penyandang bagi kawasan Parlimen Kota Raja dari 2018 hingga kini.

Beliau yang menetap di Shah Alam sejak 1973, berkahwin dengan Normah Alwi dan mempunyai empat orang anak. – Bernama


"Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran dalam jurusan Teknologi Makanan, Sains Gunaan di Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekitar tahun 1970-an."

Mat Sabu bks student food tech itm. Eloklah jd menteri pertanian+mknn
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2
Peruntukan?...aiii..awal² dh mnta peruntukkan bang mat..kerja la bang kerja...teloq kasi turun harga..pasai pa mnta peruntukkan?...cannot brain bang mat

Minta peruntukan nak buat kerja gamaknya yop
 
Sponsored Post

Top
Log in Register