BTC USD 22,822.5 Gold USD 1,923.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasrat Mat Sabu Jadi Menteri KDN Tidak Kesampaian, Hanya Dilantik Sebagai Menteri Pertanian

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,027
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,027
Reaction score
26,678
Points
2,836
Awards
2

Hasrat Mat Sabu jadi Menteri KDN tidak kesampaian​

MOHD ISKANDAR OTHMAN
03 DEC 2022
A⁻A⁺

2008692.jpg

Mohamad (dua dari kanan) bersama pimpinan PH dan BN bergambar bersama selepas berkempen di Taman Desa Aman, Padang Meiha pada Jumaat.
IKLAN

PADANG SERAI – Ramalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu untuk dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri tidak kesampaian selepas beliau diumumkan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam senarai kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, dengan pengalamannya sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini beliau menyangka akan diberi tanggungjawab di Kementerian Dalam Negeri, namun menerima keputusan yang telah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab saya banyak tahu hal berkaitan pertahanan negara saya ingatkan akan dilantik di Kementerian Dalam Negeri tapi dia pergi ke food sekuriti (Keterjaminan Makanan),” katanya ketika ditemui media selepas berceramah bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) di Taman Desa Aman, Padang Meiha di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai persediaannya untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, beliau akan mendapatkan taklimat daripada pegawai-pegawai kementerian sebelum melakukan pembaharuan.

“Ini suatu benda baharu bagi saya… saya akan dengar taklimat daripada pegawai-pegawai kementerian setakat mana persediaan mereka,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah pimpinan Amanah yang dilantik dalam kabinet Kerajaan Perpaduan, Mohamad berkata, ia masih di peringkat awal dan beberapa perbincangan akan dilakukan selepas ini untuk memenuhi jawatan lain.

“Saya percaya bila berubah kerajaan ini, pelantikan untuk pimpinan kita ada banyak nanti,” katanya.

Selain Mohamad, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,344
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,344
Reaction score
2,935
Points
266
Awards
1

Mat Sabu kena bljr bab pertanian n hafal lagu Baja milagro kek radio ikim ekekeke 😁

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,027
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,027
Reaction score
26,678
Points
2,836
Awards
2
rahsia pertahanan negara pun tak leh simpan...bila ada ceramah hati tak tahan-tahan nak keluar rahsia kementerian sbb nak tembak pihak lawan.

tu pun nk jadi org penting kdn...
asyik loyar buruk boleh la.

Tak sesuai langsung pegang jawatan penting negara
 
Sponsored Post

Top
Log in Register