BTC USD 119,263 Gold USD 3,347.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasilkan Kod QR Sendiri, Cara Peniaga Kecil & Sederhana Cegah COVID-19

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,782
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,782
Reaction score
7,487
Points
916
Awards
1
Banteras Covid-19 Menerusi Aplikasi Terbaru Ini! Peniaga Kecil & Sederhana Sudah Boleh Hasilkan Sistem Kod QR Sendiri.

Kita dapat lihat di gedung beli-belah besar sudahpun menguatkuasakan kawalan pencegahan dengan mempraktikkan penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu dalam era ‘normal baharu’.

Namun, bagaimana pula dengan kebanyakkan perniaga kecil dan sederhana? Memandangkan alat pengesan suhu dan tambahan pekerja memerlukan tambahan kos.

Maka satu syarikat tempatan telah membangunkan satu aplikasi kod QR yang dipanggil Whizzl. Whizzl merupakan satu platform pengurusan pelawat untuk memudahkan peniaga kecil dalam mencegah wabak COVID-19.

Screenshot-2020-05-29-at-3.46.11-PM-768x639.png


Pelanggan hanya perlu imbas kod QR melalui aplikasi Whizzl, dan semua data akan disimpan dalam sistem back-end yang dapat dieksport bila diperlukan.

“Sekiranya berlaku kecemasan yang berkaitan dengan wabak tersebut, pemilik perniagaan dapat memberitahu pelanggan dengan cepat dan bertindak sewajarnya,” kata Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Whizzl Ken Wong.

“Aplikasi Whizzl sesuai digunakan di semua perniagaan termasuk, harta tanah, NGO, universiti dan juga oleh agensi kerajaan,” katanya lagi.

Untuk rekod, plaform Whizzl idtubuhkan oleh sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam kajian dan penyelidikan sejak tahun 2018. Di Malaysia, Whizzl diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 syarikat pengasas yang berjaya pada Maxis Market Access Day 2019.

Muat turun di Google Playstore atau AppStore
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register