BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil Tarbiah PAS, YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya Pula Masuk Masjid.

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
"Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini.

Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu.

Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.

Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu.

Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?


YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir

Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri.

Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam.

Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.


Dari Pahang Daily

45246_1260688777196_1828980096_516189_1530821_n.jpg


45246_1260688697194_1828980096_516187_2534122_n.jpg


45246_1260688657193_1828980096_516186_2914931_n.jpg
 
Sponsored Post

serupa jer mcm org umno...benda salah pun nak dicover...

org tak salahkan kalau masuk masjid...pelancong pun masuk masjid...yahudi pun masuk masjid...tapi apa beza nie ching masuk masjid ngan yang lain2 ni?

macam saya kata...serupa jer korang ni ngan umno...benda salah pun ada jer cari alasan untuk cover...
 
serupa jer mcm org umno...benda salah pun nak dicover...

org tak salahkan kalau masuk masjid...pelancong pun masuk masjid...yahudi pun masuk masjid...tapi apa beza nie ching masuk masjid ngan yang lain2 ni?

macam saya kata...serupa jer korang ni ngan umno...benda salah pun ada jer cari alasan untuk cover...

beza antara umno dan pas... pas guna quran dan hadis sedang umno guna kepala otak. islamnya umno adalah islam kepala otak.

selama 50 tahun umno memerintah, orang bukan islam rasa fobia terhadap islam.

paperhalpun jgn dulu pandang dari sudut politik. sebenarnya ini satu perkembangan yg positif.
 
serupa jer mcm org umno...benda salah pun nak dicover...

org tak salahkan kalau masuk masjid...pelancong pun masuk masjid...yahudi pun masuk masjid...tapi apa beza nie ching masuk masjid ngan yang lain2 ni?

macam saya kata...serupa jer korang ni ngan umno...benda salah pun ada jer cari alasan untuk cover...

aper yang salah?
 
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”

(al-Bukhari)

bagusnya...terus je dakwah sampai mengucap terus yeoh tu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register