BTC USD 35,460.5 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil cukai aktiviti judi berkurangan, cabutan nombor ekor kutip RM49.99 juta

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
TOTO_4D_CMCO_FMT_15012021.jpg


Kementerian Kewangan sebelum ini meluluskan permohonan daripada Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.
PETALING JAYA: Kerajaan merekodkan sebanyak RM49.99 juta hasil cukai ke atas cabutan khas nombor ekor setakat 31 Okt, kata Kementerian Kewangan.

Menjawab pertanyaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena), kementerian menjelaskan jumlah kutipan bagi tahun lepas adalah sebanyak RM72.53 juta manakala bagi 2019 pula, RM113.29 juta.

“Jumlah kutipan bagi aktiviti perjudian yang dilesenkan sehingga 31 Okt pula, adalah RM834.46 juta, berbanding kutipan 2020 sebanyak RM1.72 bilion, dan 2019 sebanyak RM3.44 bilion,” menurut kementerian itu dalam jawapan yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen.

Mahfuz meminta kerajaan menyatakan hasil pendapatan daripada cukai cabutan khas nombor ekor dan hasil pendapatan kerajaan daripada cukai semua jenis perjudian.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan meluluskan permohonan daripada Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada 2019 berbanding 22 kali pada 2018 yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan PH seterusnya mengurangkan lagi kekerapan cabutan khas kepada lapan kali setahun pada 2020.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meningkatkan kembali kekerapan cabutan khas kepada 22 kali tahun ini.


Bagaimanapun, pada 5 Nov, Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah dalam Dewan Rakyat berkata, kerajaan hanya meluluskan lapan daripada 22 cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini, manakala tujuh telah dibatalkan cabutannya.

“Untuk maklumat Yang Berhormat, walaupun 22 kali cabutan yang diluluskan tahun ini tidak semua dilaksanakan.

“Setakat hari ini hanya lapan sahaja berjaya dilaksanakan, tujuh terpaksa dibatalkan,” katanya.

Isu cabutan khas nombor ekor menjadi polemik dan pertikaian dalam kalangan umat Islam, khususnya penyokong PAS kerana PN didakwa tidak sensitif terhadap isu membabitkan umat Islam.

PAS yang menjadi sebahagian daripada kerajaan dikritik hebat kerana tidak lantang memperjuangkan “suara” orang Islam, terutamanya membabitkan judi dan arak.

 
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Ni kire nk bangga ke mcm.mane ni?
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,437
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,437
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Byk kurang sbb judi gelap. Time pkp terang xbukak, gelap tetap on
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Kasi bungkus je la judi2 ni semua..yg menang pun bole kire..10 yg berjudi ni 9 gerenti kalah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

Top
Log in Register