BTC USD 58,488.7 Gold USD 2,584.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasbie Pertahan Jawatan Ketua Pemuda Amanah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,121
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,121
Reaction score
6,775
Points
916
Awards
1
16.12.2023 - Hasbie Muda kekal mempertahankan jawatan ketua Pemuda Amanah bagi penggal kedua pada pemilihan sayap parti bagi sesi 2023-2026 yang berlangsung hari ini. Senator Dewan Negara itu meraih undi tertinggi dengan 387 undi, pada pemilihan sayap pemuda. Sementara itu, Adun Batu Tiga Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid dipilih selaku timbalan ketua pemuda. Tiga naib ketua pemuda adalah masing-masing Faris Arriffin, Ammar Atan dan Jeming Hassan. Pengumuman itu dibuat oleh Speaker baru yang dipilih Dr Mohd Izzuddin Nazaruddin. Terdahulu, pengundian pemilihan Pemuda Amanah itu berlangsung di Grand Nexus Ballroom, Bangsar, malam ini. Pengundian tersebut bagi memilih 27 ahli jawatankuasa pusat Pemuda Amanah yang kemudiannya akan memilih pula barisan kepimpinan baru sayap parti itu. Sebanyak 577 perwakilan mengundi pada pemilihan kali ini daripada jumlah 840 yang layak mengundi. Sebanyak lima perwakilan tidak mengembalikan kertas mengundi.
1702742608033.png

Berikut adalah senarai 27 ahli jawatankuasa Pemuda Amanah:
  • Hasbie Muda- 387 undi​
  • Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid- 368​
  • Dr Nash Nahar-336 undi​
  • Mirzan Majid- 319 undi​
  • Fadhli Umar Aminolhuda- 316 undi​
  • Ammar Atan- 305 undi​
  • Jeming Hassan- 304 undi​
  • Firdaus Mokhtar- 302 undi​
  • Hafiz Roslan- 299 undi​
  • Faris Arriffin- 298 undi​
  • Muammar Qaddafi- 297 undi​
  • Muaz Abdullah- 296 Undi​
  • Azhar Rahman- 293 Undi​
  • Fakhrul Razi Hamdan- 289 undi​
  • Ridhuan Esa- 289 undi​
  • Ammar Izham- 284 undi​
  • Taqiuddin Cheman- 279 undi​
  • Asim Abdullah- 276 undi​
  • Sheikh Khuzaifah Bawazeer- 275 undi​
  • Ahmad Shahir- 273 undi​
  • Ramadhan Lotphi- 273 undi​
  • Rendy Ismail- 273 undi​
  • Khairol Najib- 263 undi​
  • Omar Tuan- 258 undi​
  • Saqif Ansorullah- 256 undi​
  • Aizat Temerloh- 256 undi​
  • Mohd Hanis- 256 undi​
Pemilihan hari ini juga memilih Mohd Hazmir Suboh selaku timbalan ketua speaker Pemuda Amanah. Sementara, Luqman Fudail dan Haris Omar dipilih sebagai juruaudit sayap parti itu. Dalam ucapan sulungnya, Hasbie berkata bahawa kepimpinan baru tidak akan tergopoh-gopoh dalam pelantikan yang lain melibatkan peringkat negeri.

"Kita akan perkukuhan Pemuda Amanah di peringkat negeri kawasan dan nasional. Kita tidak akan gopoh untuk melantik jawatankuasa termasuk Ketua Pemuda Amanah Negeri, berasaskan kepada semangat demokrasi. Kita akan ambil masa untuk perhalusi bukan sewenangnya untuk lantik dan ke hadapan kita akan berikan komitmen yang terbaik sepanjang tiga tahun mandat," katanya

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/690332
 
Sponsored Post

Pemuda Amanah Usul Adun Parti Di Hadkan Dua Penggal

16.12.2023 - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu dihadkan kepada hanya dua penggal. Usul yang dibawa perwakilan Pemuda Amanah Kawasan Balik Pulau Faizul Shaiffe itu diterima melalui undian dengan lebih suara bersetuju ketika Konvensyen Pemuda Amanah Nasional yang dihadiri 527 perwakilan di Bangsar, hari ini. Faizul ketika membentangkan usul berkenaan berkata langkah itu dapat membuka peluang kepada lebih ramai ahli Amanah yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin dan mentransformasikan parti, sekali gus menarik sokongan rakyat.

"Transformasi ini dapat memastikan parti menarik minat rakyat untuk terlibat secara langsung dengan Amanah agar parti kita dapat berkembang dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata cadangan itu juga dapat memastikan lebih ramai ahli muda memiliki peluang untuk memegang jawatan dalam parti, sekali gus meremajakan Amanah. Ketika sesi perbahasan, perwakilan Negeri Pulau Pinang Ghazali Ismail turut mencadangkan pindaan kepada usul itu agar tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen dan Senator juga dihadkan kepada dua penggal, namun cadangan pindaan itu ditolak. Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Adun itu akan dibawa Pemuda Amanah ke Konvensyen Amanah Nasional yang akan diadakan di Klang, Selangor pada 23 dan 24 Dis ini. Pada konvensyen itu, Pemuda Amanah turut meluluskan 20 usul lain yang tidak dibahaskan, manakala satu ditolak.
1702743446623.png
 
Pemuda Amanah Perlu Jadi Peneraju Raih Sokongan Buat PH, BN

16.12.2023 - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadi peneraju dalam mendapatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan, di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang kini ditadbir pembangkang. Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata usaha itu, perlu dilaksanakan secara bersama dengan kekuatan Pemuda UMNO, sebagai usaha memulihkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di empat negeri itu.

“Untuk kita bertapak kembali di Kelantan dan Terengganu khususnya, kita perlu bekerja erat dan kuat supaya UMNO kembali kuat. Tak pernah saya cakap nak minta UMNO kuat, tetapi ini fakta, sebab itu kebersamaan kita antara PH, UMNO, BN di negeri-negeri ini perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Bukan ada formula dan teori payah sangat, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) kita hurung betul-betul, turun, Pemuda cara pemuda, Wanita, WARDA (Wanita Muda Amanah), semua turun bersama, insya-Allah kita kembali memulihkan kedudukan di empat negeri,” katanya ketika merasmikan Konvesyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad berkata beliau mempunyai keyakinan Kerajaan Perpaduan akan terus memerintah dan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kerana mempunyai undi yang banyak di tujuh negeri. Beliau berkata tujuh negeri itu ialah Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur yang menjadi kekuatan kerajaan kini.

“Di negeri-negeri ini, bila kita lihat perkembangan politik dan suasananya kita insya-Allah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan,” katanya.

Mohamad juga menyuarakan keyakinan Kerajaan Perpaduan akan terus disokong penjawat awam, susulan sokongan kuat mereka pada beberapa PRK yang diadakan sejak kebelakangan ini.

“Undi penjawat awam kepada kita (sebelum ini) begitu parah, susulan wujud dakwaan kerajaan akan bertukar selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, (tetapi) selepas tidak ada pertukaran kerajaan, saya yakin selepas empat tahun (PRU16) kerajaan (Perpaduan) tidak (akan bertukar) dan penjawat awam akan bersama kita,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.
1702743523027.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register