BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasan Ali tolak jadi calon

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Hasan Ali tolak jadi calon
2013/04/20 - 00:42:45 AM Cetak Emel Kawan

pix_gal0

Kuala Lumpur: Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, mengambil keputusan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) walaupun ada menerima tawaran UMNO untuk menjadi calon.

Beliau bersama ahli JATI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebaliknya akan menggerakkan seluruh kekuatan untuk menentukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, termasuk merampas semula negeri dikuasai pembangkang.
Selain bertepatan kaedah usul fiqh, katanya, sokongan tidak berbelah-bahagi JATI kepada UMNO dan BN adalah untuk melihat pimpinan sedia ada parti itu diberi kekuatan oleh Allah SWT, sekali gus bersungguh-sungguh menjadikan Islam sebagai landasan pembangunan negara yang diredhai Allah SWT.

Akui terima tawaran

“Saya akui ada menerima tawaran bertanding PRU-13 dengan cadangan ditempatkan di kawasan dijangka boleh memberi kemenangan kepada saya. Saya berterima kasih dan menghargai harapan dan kepercayaan pimpinan UMNO dan BN terhadap saya.

“Namun, selepas berbincang dan menerima pendapat serta pandangan pelbagai pihak, ditambah pula dengan peluang dibukakan Allah untuk saya terbabit secara langsung dalam tiga PRU sebelum ini, saya dengan rendah diri mengambil keputusan tidak bertanding pada PRU-13.

“Harapan saya, kenyataan ringkas ini dapat meredakan sebarang spekulasi, khabar angin dan prasangka yang akhirnya tidak membuahkan sebarang faedah.
“Sebaliknya, segala kekuatan hendaklah ditumpukan kepada usaha meraih kemenangan UMNO dan BN sebagai langkah mengelakkan malapetaka yang mungkin boleh menimpa rakyat jika pakatan pembangkang diizinkan mentadbir negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Hasan adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dalam Parlimen Gombak, dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dipecat daripada PAS pada 8 Januari tahun lalu.
 
Last edited:

Elok la tu..
 
Kesian Hassan Ali nih :)) Siap bersubahat ngan UMNO lagi ... :))
 
iyo la tu...mcm la dia ditawarkan....:))
 
kalo bertanding pun konpem x menang...mud rakyat skrg ABU...
 
Ye ke ada offer dri umno?? Kahkahkah...
 
Dah x tercalon pun sempat lg nak menipu org tua ni
 
makin keliru den dgn dato hasan ali ni, umno yg kaki rasuah ni dipuja begitu sekali.
 
Sedang yg x ditawarkan pun berebut nk jadik calon umeno, nk berebut kekayaan negara...inikan pulak yg ditawarkan...
 
Back
Top
Log in Register