BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasan Ali diminta saman Harussani

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Kamaruddin dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti.

Bagaimanapun, ketika dihubungi selepas mesyuarat tersebut, Siti Mariah enggan mengulas mengenainya.

Sebelum ini, pemimpin PAS, termasuk naib presidennya Mahfuz Omar (kanan) menuntut Harussani memohon maaf selepas Hasan Ali menafikan bahawa pertemuannya dengan mufti Perak itu membincangkan kerjasama PAS-Umno.

Versi online akhbar rasmi PAS - Harakah - hari ini melaporkan tuntutan Mahfuz itu di mana beliau berkata Harussani juga harus meletak jawatan sebagai mufti Perak kerana beliau pernah berkata bahawa sebagai mufti, beliau tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan, sedangkan dakwaannya yang dibuatnya mengenai Hasan adalah palsu.

Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa Hasan telah menjelaskan dalam majlis munaqasah hari ini mengenai pertemuannya dengan mufti Perak itu, serta mengulangi penafiannya berhubung perkara tersebut.

"Beliau berkata beliau menemui Harussani hanya untuk belajar dari mufti Perak yang telah menjadi mufti selama 30 tahun. Dia menyangkal bercakap tentang isu kerajaan perpaduan. Pada dasarnya, beliau berkara Harussani pembohong. Itu adalah intipatinya," kata. Khalid.

Hasan yang terlihat untuk cenderung bekerjasama dengan Umno, menjadi sasaran kecaman hebat berhubung pertemuannya dengan mufti Perak itu.

Harussani sebelum ini menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah dalam usaha "menyatukan umat Islam kdan orang Melayu" di negeri ini.

Menurut mufti Perak, pemimpin dari PAS dan Umno telah menemuinya baru-baru ini untuk membincang dan mendapatkan pandangannya bagi menyatukan dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini.

Sumber
 
Aku rasa mufti perlu diam dari bincangkan hal politik. kalau mahu juga masuk antara 2 parti tue.
 
Silap post -padam
 
Last edited:
alamak!!! baru je aku nak bukak...sib baik ko bukak dulu...kahkahkah
 
Apa susah saman je la. :-?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Suara Keadilan terlajak kata saman juta2. Ni Harusani boleh la juta2 jugak kot ;)
Tapi suara keadilan bukti terang dan nyata. Ni kes mereka berdua berbincang sama sendiri, tak tau ujung pangkal, susah nak bawak masuk court. Lainla kalau depa ada record.
Ntah2 depa dok bincang pasal anak kawen. Ni dah jadi kes, nampak gaya tak jadi la hajat nak berbesan :)
 
Last edited:
apehal hassan ni selalu sgt timbul dlm perkara2 yg tak menyenangkan..
 
Bolehkah Hassan Ali dipercayai kerana sudah macem-macem..:eek:
 
Aku rasa mufti perlu diam dari bincangkan hal politik. kalau mahu juga masuk antara 2 parti tue.

bukankah agama dan politik x boleh dipisahkan...

hehehehehe...
 
banyak dah aku dengar dari hassan ali ni....
tp lagi banyak aku dengar dari harussani....:D
 
Back
Top
Log in Register