Hasad dengki punca Pusat enggan iktiraf Dinar Kelantan

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.

Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).

Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.


"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya.


Sumber

--------
Apa2 yg baik terima je la. Hal ni pun kerajaan pusat nak tunjuk ego dan berhasad dengki.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
kalu dinar kelantan jadi barter trade..apa pula masalahnya?kijang emas pun kekadang digunakan sebagai barter trade...erm..maksud aku untuk dapatkan duit fiat
 

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
dinar emas....aku mmg setuju idea ni.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Oleh kerana tak nak menunjukkan yg idea kerajaan PAS Kelantan itu baik, maka dia katalah mcm2 yg tak baik. Ini semua sebab kerajaan PAS punya idea. Agak2nyalah kalau kerajaan Kelantan itu UMNO, ntah2 puji2an melambung diberi dan keluar dalam media 7 hari 7 malam kepujian itu.

Ini yg dikatakan politik sempit.
 

jsix

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
Bagi aku kalau Pas ingin melakukan sesuatu perkara yang baik untuk semua teruskan saja.Jangan fikirkan apa orang nak kata.
 

lelakiselamanya

Active Member
Joined
Nov 1, 2008
Messages
2,440
Reaction score
23
Points
30
dinar dan dirham go..go..go pedulik hape ngan kerajaan pusat...emas memang ada nilai mana2 tempat sekalipun
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
nanti berat nak pikul emas kemane-mane,
kate dorang yang nak memburukkan idea ni...muehehe :p
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Bagi aku kalau Pas ingin melakukan sesuatu perkara yang baik untuk semua teruskan saja.Jangan fikirkan apa orang nak kata.
Bukan kita ingin peduli sgt pun tapi kata2 UMNO ni keluar di media dan kita perlu menjawabnya supaya rakyat faham dan tak terpengaruh. Faham2 je la rakyat tak semuanya faham semua perkara. Perangai haprak UMNO tu dah lama dah tau.
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
kalu dinar kelantan jadi barter trade..apa pula masalahnya?kijang emas pun kekadang digunakan sebagai barter trade...erm..maksud aku untuk dapatkan duit fiat
kalau banyak boleh beli keta fiat kan "))

benda baru mcm nie bukan mudah nak dilaksankan...benda mudah dulu nak tukar kati ke kilo pun jenuh gomen kempen dan rakyat nak reti :-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register