Harith Iskander juara Funniest Person In The World, disaman 40 juta

CG Sponsors




Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,108
Reaction score
552
Points
111
Harith kena saman balik RM40 juta, nama Najib disebut



PELAWAK Harith Iskander berdepan saman berjumlah RM40 juta (AS$10 juta) daripada pihak Laugh Factory di Amerika Syarikat sebagai saman balas selepas pelawak itu memfailkan saman terhadap Laugh Factory atas dakwaan gagal melunaskan baki wang kemenangan berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan Funniest Person In The World pada Disember 2016.


Rabu lalu, Hollywood Reporter melaporkan Laugh Factory yang juga pihak penganjur pertandingan itu memfailkan saman berkenaan pada 27 Februari lalu di mahkamah di California, Amerika Syarikat.

Laugh Factory menuntut ganti rugi atas dakwaan pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia dagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan yang disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Selain itu, penganjur turut memohon supaya mahkamah membatalkan keuntungan Harith dan ganti rugi punitif.

Menurut penganjur, mereka memaklumkan secara bertulis kepada Harith bahawa pemenang pertandingan ‘mesti membuat 10 perjalanan berjadual ke Amerika Syarikat’ untuk membuat persembahan dan wang kemenangan AS$100,000 akan dibayar sebanyak 10 kali.

Bagaimanapun, Harith dikatakan gagal berbuat demikian selain menipu untuk menang.

Dalam pada itu, pemilik Laugh Factory, Jamie Masada mendakwa Harith menawarkan untuk membuka kelab Laugh Factory di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta.

Jamie turut mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah rakan kongsi senyap dalam perniagaan Harith.

Sementara itu, Harith dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, dakwaan mengaitkan dirinya dengan Najib adalah tidak benar.

“Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya serahkan perkara ini kepada pasukan peguam untuk mengendalikannya,” katanya.

Harith berkata, dia tidak mampu mengawal sebarang desas-desus serta penyebaran tuduhan tidak berasas dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang berbuat sedemikian.

“Saya hanyalah pelawak dari Malaysia yang niatnya ingin membuat negara bangga atas kemenangan dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

“Saya sekadar menuntut hak kemenangan seperti yang dijanjikan. Tiada lebih, tiada kurang. Pada tahap ini, saya sebenarnya sudah membelanjakan lebih daripada apa yang diterima,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/rap/2019/03/431489/harith-iskander-berdepan-saman-rm40-juta

kah kah kah..orang putih ni ahli PH gak ker....takde kaitan duk salahkan najib
 
Sponsored Post

jerul

Legendary Member
Joined
Jul 13, 2009
Messages
10,664
Reaction score
63
Points
120
Lawak mcm dia kadang² tak sampai kat org melayu..
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,397
Reaction score
967
Points
111
Penganjur ni pun, sengkek sangat apehal? $100k je pun. 10x pergi LA rasanya tiket flight pun dah RM200k pergi balik. Hotel lagi. Tapi nama naik lah lepas menang tu. Jadi duta Ambi Pur dll tu 6 angka gak selalunya dapat. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register