Harith Iskander juara Funniest Person In The World, disaman 40 juta

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226

KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan pengacara Harith Iskander dipilih menyertai pertandingan komedi Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory

Harith, 50, berkata beliau akan melalui pusingan pertama secara online, bermula 2 September hingga 2 Oktober depan sebelum dipilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Finland, Disember nanti

Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, beliau akan bersaing bersama 86 pelawak lain dari 55 negara

"Pihak Laugh Factory menjemput saya menerusi e-mel bagi menyertai pertandingan ini, dengan menghantar sebuah video persembahan berbahasa Inggeris

"Selepas membuat kaji selidik mengenai syarikat itu, saya terus menghantar video persembahan terbaik saya

"Hanya seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir. Berdasarkan video peserta lain, saya yakin mampu bersaing dengan mereka untuk ke Finland," katanya ketika dihubungi BH Online

Sementara itu, Harith menyifatkan penyertaannya dalam pertandingan itu bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya mahu mengharumkan nama negara menerusi bidang komedi

Malah, Harith lebih menonjolkan persembahan komedi berkonsepkan budaya Malaysia untuk dikenali di seluruh dunia

"Menerusi pertandingan ini, juara berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat

"Memang peluang itu diidam-idamkan oleh sesiapa saja dalam bidang ini, tetapi tujuan utama saya adalah untuk mengharumkan nama negara menerusi komedi budaya Malaysia," ujarnya

Bagi pusingan pertama, Harith memerlukan sokongan masyarakat tempatan untuk menekan 'like', 'follow' dan 'share' di laman sosial menerusi http://indi.com/7fzcm

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192657




Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara Harith Iskander layak mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Funniest Person in the World yang akan berlangsung di Helsinki, Finland, 5 Disember ini

Harith ketika dihubungi memaklumkan dia akan berentap dengan 19 peserta yang mewakili negara masing-masing

“Alhamdulillah, bulan lalu saya dimaklumkan terpilih ke separuh akhir pertandingan ini. Saya akan bertolak ke Finland pada 1 Disember ini dan membuat persiapan akhir di sana,” katanya

Harith turut menjelaskan dia ditaja Tourism Malaysia serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

“Terima kasih Tourism Malaysia serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan yang sudi menaja tiket penerbangan dan penginapan saya di Finland nanti,” katanya

Ditanya mengenai persiapan beraksi di pentas komedi bertaraf dunia itu, Harith berkata dia mengkaji kemampuan peserta lain dan mencari material sesuai untuk penonton di sana

“Kumpulan Facebook untuk peserta diwujudkan dan menjadi tempat kami saling beriteraksi. Daripada situ saya dapat melihat bakat dan kelebihan mereka

“Pada masa sama, saya turut mencari material dan idea yang boleh menghiburkan 400 penonton pada acara itu nanti,” katanya

Pemarkahan peringkat separuh akhir Funniest Person in the World itu menyaksikan 50 peratus berdasarkan undian online manakala 50 peratus lagi penilaian juri

Orang ramai boleh mengundi Harith di www.voteforharith.com

http://www.hmetro.com.my/node/184699

Harith Iskander dinobat manusia paling kelakar di dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander diumumkan sebagai juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland, hari ini.


Harith mengetepikan pencabar terdekatnya, Alex Calleja dari Filipina apabila meraih 3.8 juta undian menerusi persembahan terakhirnya pada 8 Disember lalu, selain menghampakan tiga peserta lain iaitu Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 dan berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan Harith itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur, Laugh Factory yang mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

"Congratulations @HarithIskander- #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," kata penganjur pertandingan itu menerusi menerusi akaun Twitter mereka.

Pemenang pada peringkat akhir ditentukan sepenuhnya menerusi undian peminat yang dibuka selama 24 jam selepas aksi terakhir mereka pada 8 Disember lalu.

Undian ditutup pada jam 3 petang tadi.

Terdahulu, Harith bersaing dengan 88 peserta dari serata dunia pada peringkat awal sebelum terpilih beraksi pada peringkat separuh akhir bersama 19 peserta lain. Harith berlepas ke Finland sejak 1 Disember lalu ditemani isterinya, Jezamine Lim.


http://www.bharian.com.my/node/222371
Manusia Paling Lucu di Dunia selamat pulang


HARITH bersama trofi kemenangan pada sidang media di KLIA sejurus tiba dari Finland, pagi tadi.

SEPANG: Selepas 18 jam perjalanan pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander yang menjuarai pertandingan komedi, Funniest Person In The World selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Finland, jam 9.20 pagi tadi.

Harith yang ditemani isterinya, Dr Jezamine Lim disambut meriah oleh peminat yang bersorak sebaik saja Harith muncul di balai ketibaan KLIA, kira-kira jam 10 pagi.

Peminat turut membawa sepanduk dan melaungkan ucapan tahniah kepada Harith.

BH Online yang membuat lintas langsung kepulangan Harith dari Finland, sempat menemubual Harith sebaik saja beliau tiba.

Harith yang mengenakan sepasang suit berwarna biru, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundinya.

"Saya sangat gembira, terkejut dan terharu. Melihat reaksi peminat sekarang inipun saya tak tahu nak cakap apa... Saya gembira," katanya.

Harith berkata, sepanjang berada di Finland, dia sering berterima kasih kepada peminat melalui laman sosial.

"Saya selalu berterima kasih kepada semua yang menyokong. Saya sangat gembira mendapat sokongan rakyat Malaysia," katanya.

Selepas menemui peminat, Harith dibawa ke bilik khas di mana sidang akhbar dikendalikan.

Melalui pertandingan yang menghimpunkan 88 pelawak seluruh dunia itu, Harith membolot hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM440,000) serta berpeluang mengadakan persembahan jelajah Amerika Syarikat (AS).

Anak seni berdarah campuran Melayu-Inggeris itu mengetengahkan konteks yang mudah difahami penonton, sekali gus melayakkannya menjuarai peringkat akhir 'Funniest Person In The World' anjuran Laugh Factory.

Terdahulu, Harith mara ke peringkat separuh akhir untuk ke kemuncak pertandingan di Helsinki, Finland pada 5 Disember lalu. Finalis lain adalah dari Filipina, - Alex Calleja, Katerina Vrana (Greece), Mino van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Pada peringkat pertama, seramai 88 calon awal yang bertanding dari 55 buah negara berentap bagi ke pusingan berikutnya dengan undian dibuka antara 1 September hingga 1 Oktober lalu manakala pengundian memilih juara hanya dibuka selama 24 jam.

Dalam perkembangan terkini, Harith dan penyanyi Adibah Noor bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang berlangsung pada 18 Disember ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


http://www.bharian.com.my/node/223621
Harith Iskander Dikejutkan Dengan Hadiah RM100,000 Daripada KKMM

KUALA LUMPUR: Pelawak Harith Iskander dikejutkan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 pada malam penghargaan bersempena kemenangannya pada pertandingan Funniest Person in the World di Finland 10 Disember lalu.

Hadiah tersebut disumbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai menghargai kecemerlangannya mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak turut hadir pada acara itu bagi menyampaikan hadiah tersebut kepada Harith.

Dalam pada itu, Harith dalam ucapannya berkata dia tidak menyangka dengan kejutan tersebut dan menganggap ia sebagai rezeki.

Malah kata Harith, dia terharu apabila Salleh sangat mengambil berat apabila mengetahui penyertaannya menerusi pertandingan itu.

"Saya teringat terserempak dengan beliau pada satu acara dan saya terkejut apabila beliau bertanya mengenai penyertaan saya menerusi pertandingan itu.

"Malah beliau turut meminta saya menghubunginya jika memerlukan sebarang bantuan dan sokongan," katanya.

Terdahulu, pelawak yang telah berada dalam industri ini lebih dari 25 tahun itu berjaya mengalahkan 88 pelawak dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan itu.

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM444,845).

 
Last edited:
Sponsored Post

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,722
Reaction score
8,210
Points
716
komidi yg ada isi..mmg akan pergi jauh...kipidap
 

azrul7238

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 21, 2011
Messages
24,837
Reaction score
13
Points
115
professional comedian

semoga dia berjaya....
 

Prisoner

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2010
Messages
4,005
Reaction score
38
Points
30
aku tengok rancangan dia tu.. komediri..

tak ada modal lain ke orang2 standup komedi ni.. balik2 ..
"orang malaysia itu.. orang malaysia ini"

senang jer rupanya cari idea buat lawak..
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,564
Reaction score
911
Points
161
lawak ke der 3 aku tgk x lawak sgt dier... tp kalo dier wat lawak memperkecilman rakyat mesia sdr mmg kene blame la
 

babyblacky

CG Top Poster Club
Joined
Feb 24, 2011
Messages
20,129
Reaction score
211
Points
123
lawak ke der 3 aku tgk x lawak sgt dier... tp kalo dier wat lawak memperkecilman rakyat mesia sdr mmg kene blame la
Lawak macam ni ley gi jauh...especially orang US..suke giler #:-S
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,260
Reaction score
1,393
Points
206
rezeki dia la fluent english.
walaupun dalam malaysia lagi ramai yang lebih kelakar berbanding dia.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,564
Reaction score
911
Points
161
Lawak macam ni ley gi jauh...especially orang US..suke giler #:-S
stand up comedian yg top yg indian american tuh kan.. sape ntah name.. tp mmg lawak mamat india tuh.. dier bahan pak arab tp dlm masa sama dier puji pak arab... tp aku harith iskandar ni ade2 jerk.. hehehe
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226
Selamat maju jaya
Semoga berjaya nanti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register