BTC USD 94,145.2 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau belang baham Orang Asli di Pos Pasik masuk perangkap

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,766
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,766
Reaction score
1,292
Points
201
Harimau belang baham Orang Asli di Pos Pasik masuk perangkap


GUA MUSANG – Selepas lebih sebulan, seekor harimau belang yang menjadi ancaman dan dipercayai membaham seorang lelaki Orang Asli pada 3 Oktober lalu di Pos Pasik di sini akhirnya masuk perangkap hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, harimau belang itu ditangkap dalam keadaan sihat di kawasan Pos Pasik di sini.

“Perhilitan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan dan pemasangan satu unit perangkap harimau belang di lokasi aduan. Operasi tersebut melibatkan seramai 10 anggota Perhilitan.

“Operasi itu perlu dilaksanakan selepas harimau belang berkenaan masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan dan perkampungan di Pos Pasik. Keadaan tersebut juga telah menjejaskan kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, harimau belang itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak, namun pihakn ya masih menyiasat dan mengenal pasti sama ada haiwan tersebut merupakan harimau sama yang menerkam mangsa dalam kejadian bulan lalu.

“Tangkapan harimau belang itu sekali gus meredakan kegusaran penduduk Orang Asli di Pos Pasik. Bagaimanapun, penduduk di Pos Pasik perlu berjaga-jaga dengan sentiasa keluar ke ladang dan bekerja secara berkumpulan,,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki Orang Asli maut dibaham seekor harimau ketika keluar menyumpit seorang diri di kawasan ladang kelapa sawit di Pos Pasik di sini.

Mayat, Pisie Amud, 25, dari Kampung Sugi, Pos Pasik telah ditemui penduduk kampung dengan kesan cakaran haiwan liar tersebut pada bahagian kepala dan badan, selain sebelah kaki kirinya sudah hilang. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Sponsored Post

Baham Tiga Mangsa Termasuk 2 Warga Asing, Pak Belang Akhirnya Masuk ‘Perangkap’

15.11.2023 - Seekor harimau belang di Pos Pasik, Gua Musang, Kelantan berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan selepas haiwan buas itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang agensi berkenaan. Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut. Menurutnya, tangkapan itu susulan daripada serangan harimau belang yang menyebabkan kematian seorang lelaki Orang Asli di Pos Pasik pada 5 Oktober lalu.

"Pada 6 Oktober, kami telah menjalankan Operasi Tangkapan Harimau Belang dengan menjalankan siasatan awal, pemantauan serta pemasangan satu unit perangkap di lokasi aduan. Operasi ini melibatkan 10 anggota dan perlu dilaksanakan kerana harimau belang berkenaan masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan dan perkampungan di Pos Pasik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk rekod, Majoriti sebelum ini melaporkan tiga lelaki termasuk dua warga asing maut selepas dibaham harimau di lokasi berhampiran Gua Musang. Mangsa pertama yang merupakan Orang Asli dikenali sebagai Pisie Amud, 25, ditemui penduduk dengan kesan cakaran haiwan liar tersebut pada kepala dan badan, selain sebelah kaki kirinya sudah hilang ketika keluar menyumpit di sekitar Pos Pasik pada 3 Oktober lalu. Dua lagi mangsa merupakan warga Indonesia dan Myanmar masing-masing ditemui maut dengan kesan baham dipercayai akibat serangan harimau yang sama. Tambah Mohamad Hafid, keadaan tersebut juga telah menjejaskan kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat kerana Pos Pasik merupakan salah sebuah kampung yang terletak di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

"Dengan kejayaan operasi ini, ia akan meredakan kegusaran penduduk di sini. Bagaimanapun, mereka masih perlu berjaga-jaga dan dinasihatkan keluar ke ladang serta bekerja secara berkumpulan, bukan berseorangan," katanya.

 
Agaknya ni mesti sbb kancil dlm hutan cepat habis sbb bila tebang hutan senang sgt nak tangkap. Kenalah pulak cari manusia 🤣


Yg benarnya...Makanan utama Harimau iaitu Babi hutan dah berkurangan akibat serangan ASF...Org Kg saya panggil Covid Babi

Memang betul!

Kalau musim2 durian sebelum ni...selalu ada kesan2 babi, durian pun kalau lambat ambil pagi2 tu..memang nanya kena makan dgn Babi

Tapi tahun ni...lansung tak ada babi di kebun durian!
 
Mesti tengah menyesal tu, kenapalah aku bunuh manusia ..

Dorg LG hepi... Pasni x yah susah2 nk Cari makan... Dah Ade org Bagi makan siap vitamin...tu belum medical care LG.. pakej lengkap dgn rimau betina UTK persenyawaan... Kih3...
 
Yg benarnya...Makanan utama Harimau iaitu Babi hutan dah berkurangan akibat serangan ASF...Org Kg saya panggil Covid Babi

Memang betul!

Kalau musim2 durian sebelum ni...selalu ada kesan2 babi, durian pun kalau lambat ambil pagi2 tu..memang nanya kena makan dgn Babi

Tapi tahun ni...lansung tak ada babi di kebun durian!
Bukan setakat kancil rupenye babi pun cepat pupus bila senang kena tangkap dgn harimau 😂

 
pembunuh hukuman dia kena bunuh juga..... tembak je kasi mati
Jgn mcm tu bang.. haha.. kite.pun bunuh haiwan dgn cara sembelih utk mkn.. harimau tu bunuh bkn sbb dia nk merompak org atau buat jenayah..dia bunuh sbb nk mkn jgk.. kalau dah dpt tangkap, letak la dia kt tmpt sepatutnya..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register