BTC USD 97,372.0 Gold USD 2,651.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau baham dua mangsa di Gerik dan Jeli sudah masuk perangkap

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,069
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,069
Reaction score
1,241
Points
201
6091651609290456205_121.jpg

6091539407564816261_121.jpg

6091539407564816263_121.jpg

6091539407564816260_121.jpg

6091539407564816262_120.jpg


Lelaki warga Myanmar maut dipercayai dibaham harimau

Jeli: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut dipercayai dibaham harimau dalam kawasan hutan berhampiran ladang cili di Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik, Batu Melintang, di sini, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui jam 9.15 pagi tadi dengan kesan kecederaan parah di tubuh badan selain paha kiri putus selepas lebih 12 jam dilaporkan hilang dari rumah kongsi

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob, berkata mengikut kenyataan rakan sekerja mangsa, mereka menyedari mangsa hilang jam 8.30 malam tadi ketika mangsa berada di belakang rumah kongsi di ladang terbabit selain terdengar bunyi harimau mengaum.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui dalam hutan jam 9.15 pagi tadi iaitu 300 meter dari lokasi rumah kongsi.

"Susulan kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Perhilitan serta orang awam pergi ke lokasi kejadian untuk tujuan siasatan.

"Laluan ke lokasi kejadian perlu melalui jalan berbukit dan sungai serta kebun sayur. Berdasarkan kesan corak darah sepanjang laluan, mangsa dipercayai cuba melepaskan diri beberapa kali namun gagal," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di tubuh mangsa juga mendapati terdapat kesan kecederaan gigitan di leher dan rahang di kiri kanan, kesan cakar di belakang badan serta dada.

"Paha kiri mangsa juga putus dan tulang dan kaki kiri ditemui bersebelahan badan mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat jam 2.30 petang tadi," katanya.
 
6095844498098740199_121.jpg



Harimau dipercayai membaham dua lelaki masuk perangkap

Ipoh: Harimau belang yang dipercayai membaham dua mangsa masing-masing di Bersia, Gerik serta seorang warga Myanmar di Batu Melintang, Jeli, Kelantan baru-baru ini, berjaya ditangkap.

Tangkapan haiwan pemangsa itu yang memasuki perangkap disahkan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff.


"Ya, dapat (tangkapan) di sebelah Jeli. Jadi, Pengarah Perhilitan Kelantan yang akan memberikan maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Yusoff berkata, Perhilitan Perak dan Kelantan bekerjasama bagi memasang perangkap di lokasi dikenal pasti bagi menangkap harimau yang disyaki membaham dua mangsa.

Menurutnya, pihaknya melihat kemungkinan harimau yang menyerang kedua-dua mangsa adalah haiwan sama berikutan lokasi kejadian terletak berhampiran iaitu kira-kira empat kilometer melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli selain insiden berlaku dalam tempoh terdekat.

Media sebelum ini melaporkan, pemandu jentera berat, Adnan Ismail, 54, maut selepas diserang harimau di luar rumah kongsinya di Bagan Balak, Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli pada Selasa lalu.

Mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi dengan kesan kecederaan parah di leher dan kaki kiri.

Sementara itu, seorang lelaki warga Myanmar menjadi mangsa kedua apabila ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik, Khamis lalu.

Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register