HARI MALAYSIA: Sibu Dipilih Lokasi Sambutan Tahun Ini

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,828
Reaction score
11,460
Points
2,376
FB_IMG_1594555946012.jpg

[SIARAN MEDIA]

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2020

- 'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

- 'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

- 'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

- Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini.

- Aktiviti terbabit ialah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September).

- Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat.

- Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), [email protected], Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi [email protected], yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan.

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

#KKM
#KKMM
#HKHM2020
#HariKebangsaan2020
#HariMalaysia2020
#MalaysiaPrihatin
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register