Hari Ini Dalam Sejarah-PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENYEMAK DASAR PELAJARAN

CG Sponsors




qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
Pada hari ini dalam tahun 1960, Menteri Pelajaran, Y.B. Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan anggota-anggota yang menduduki Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Talib dengan lapan orang ahli iaitu Menteri Kehakiman, Tun Leong Yew Koh; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Mohd. Khir Johari; Penolong Menteri Pelajaran, Capt.Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan; Penolong Menteri Buruh, Encik V. Manickavasagam; Senator Koh Kim Leong; Encik Mohd. Dahari Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Wong Pow Nee dan Encik Abdul Ghani bin Ishak. Jawatankuasa Penyemak ini bertanggungjawab untuk mengulangkaji serta mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956, termasuklah langkah untuk menyediakan pendidikan peringkat rendah dengan percuma. Selain daripada itu, Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Lanjutan daripada itu juga orang awam, badan-badan pelajaran turut diberikan peluang mengemukakan pandangan kepada Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran ini.
 
Top
Log in Register