Hari Ini Dalam Sejarah-PELANCARAN MUZIUM SASTERA YANG PERTAMA

CG Sponsors




qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
Pada hari ini 18.2.1982, Muzium Sastera yang pertama telah dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Rahim Tambi Chik. Muzium Sastera merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di negeri ini. Tujuan penubuhannya adalah untuk menempatkan bahan-bahan sejarah yang ada hubung kaitnya dengan sejarah kesusteraan, kebudayaan dan sosial masyarakat seniman dan budayawan Nusantara. Kedudukan Muzium Sastera yang bertempat di Bangunan State Heart yang berwarna merah itu merupakan sebahagian daripada Kompleks Muzium Sejarah. Penubuhannya akan melengkapkan Kompleks Muzium Sejarah di bangunan tersebut. Muzium ini mengandungi 8 ciri penting. Di antara ciri-ciri ini meliputi ruang-ruang sejarah dan proses persuratan, karya sastera tanpa nama, tokoh-tokoh penulis Melaka, kegiatan persatuan penulis, peranan koleksi buku-buku agama, akhbar dan lain-lain. Sesungguhnya penubuhan Muzium Sastera merupakan satu kesedaran terhadap warisan sejarah terutamanya dari sudut cara hidup, keperibadian dan segala citarasa ini boleh dihayati melalui bidang kesusasteraan supaya menjadi kebanggaan generasi akan datang sesuai dengan sumpah Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia".
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register