BTC USD 28,657.8 Gold USD 1,969.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARI ASYURA, HARI SERIBU SEJARAH...(3 november 2014)

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,697
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,697
Reaction score
948
Points
161
1426304_10151829571898198_1712750588_n.jpg

Hari Asyura merupakan hari yang begitu penting dalam kalendar sejarah umat Islam. Hari Asyura jatuh pada 10 muharram setiap tahun. Jika dilihat kepada bulan muharram itu sendiri , ia merupakan bulan yang begitu mulia di sisi umat islam amnya. Hal ini kerana bulan muharram termasuk dalam kalangan empat bulan yang diharamkan Allah untuk umat islam berperang di dalamnya. Asyura berasal dari perkataan asyarah dalam bahasa arab yang bermaksud sepuluh. Ini bersempena dengan tarikhnya yang jatuh pada sepuluh muharram. Hari asyura pula adalah hari kebesaran umat Islam yang mencatatkan pelbagai peristiwa penting yang bersejarah berlaku pada tarikh tersebut. Selain itu, kaum Yahudi juga turut berpuasa pada tarikh tersebut dan disebut sebagai hari Yom Kippur sebagai memperingati nabi Musa diselamatkan dari musuh Bani Israil.

Asyura diambil dari perkataan ‘ASYARAH’ dalam bahasa Arab yang bermaksud 10 (sepuluh). Jadi Hari Asyura itu bermakna hari yang kesepuluh bulan Muharam. Ia merupakan hari agung yang amat digalakkan berpuasa, bersolat, berzikir dan mengerjakan amalan sunat lain.

Hari Asyura diraikan semua agama langit dan antara sebabnya adalah Nabi Adam AS menerima pengampunan Allah pada hari berkenaan; Nabi Nuh selamat mendarat di Bukit Judiyy selepas banjir besar; Hari Raya Nabi Musa (Yaum al-Zinah); Nabi Musa dan pengikutnya terselamat daripada Fir’aun.
.
Rasulullah SAW menjawab pertanyaan para sahabat; “Adakah Allah SWT telah melebihkan Hari Asyura dari hari-hari lain?”; “Memang benar! Hari Asyura (10 Muharam), Allah telah menjadikan langit dan bumi, bukit-bukau, laut, Syurga dan Neraka, menjadikan Adam dan Hawa, memasukkan Adam ke Syurga, Nabi Ibrahim a.s dilahirkan, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada kepanasan api, menenggelamkan Fir’aun, Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub, Allah memberikan taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya Kiamat pada hari Jumaat 10 Muharam.”

SEPULUH KEMULIAAN

Para ulamak berpendapat, dinamakan Hari Asyura kerana ia mengandungi sepuluh waktu dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah SWT kepada umat Islam untuk menebus dan membersihkan dosa-dosa. Waktu-waktu tersebut adalah:

1 Kemuliaan Bulan Rejab. Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat Islam di atas lain-lain umat.

2 Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.

3 Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.

4 Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.

5 Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah).

6 Hari Sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.

7 Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.

8 Hari Idul Adha iaitu hari berkorban.

9 Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.

10 Hari Asyura yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

niat-puasa-hari-asyura.png

http://www.youtube.com/watch?v=1TW2DWazLQg
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,248
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
24,248
Reaction score
1,880
Points
201
Jom puasa sunat esok & lusa!

Puasa Tasu'a (9 Muharam), & Asyura (10 Muharam).

عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُهُ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ‏

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa). [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Siyyam, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, hadis no: 2002].

عَنِ ابْنِ، عَبَّاسٍ – رضى الله عنهما – قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَسُئِلُوا عَنْ ذَلِكَ فَقَالُوا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي أَظْهَرَ اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَبَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى فِرْعَوْنَ فَنَحْنُ نَصُومُهُ تَعْظِيمًا لَهُ ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ نَحْنُ أَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏”‏ ‏.‏ فَأَمَرَ بِصَوْمِهِ ‏.‏

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah lalu mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Mereka ditanya tentang hal itu lalu mereka menjawab: Ini merupakan hari Allah menyelamatkan Musa dan Bani Israel daripada Firaun. Kamu berpuasa pada hari ini sebagai bentuk penghormatan kepadanya. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kami lebih utama dengan Nabi Musa berbanding kalian. Lalu baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Sawm Yaum ‘Asyura, hadis no: 1130].

Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Puasa hari ‘Asyura, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Istihbab Siyam Tsalasah Ayyam Min Kulli Shahr wa Sawm Yaum ‘Arafah wa ‘Asyura wa al-Isnain wa al-Khamis, hadis no: 1162]

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Ayyu Yaum Yusomu Fi ‘Asyura, hadis no: 1134]

#MMMR
 
cak cibo

Active Member
Messages
1,196
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Hari ni semua group wassap Saya dapat anjuran Solat Sunat Hari Asyura.

Saya yakin amalan solat Sunat khas Hari Asyura dgn niat khasnya...khafiat 4 rakaat 2 Salam .
Yg ni satu Amalan yg Tak Ada Asas dlm Islam.

Kalau nak buat Solat Sunat Hari ni. Buatlah... tapi.. jangan sandarkan dgn Hadith maudhu..atau kata ianya satu Amalan khas.

Puasa khas Ada..

Tapi Solat khas Asyura Tak Ada.

Harap Kita sentiasa ingat mengingat...
 
notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,707
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,707
Reaction score
1,313
Points
206
Hari ni semua group wassap Saya dapat anjuran Solat Sunat Hari Asyura.

Saya yakin amalan solat Sunat khas Hari Asyura dgn niat khasnya...khafiat 4 rakaat 2 Salam .
Yg ni satu Amalan yg Tak Ada Asas dlm Islam.

Kalau nak buat Solat Sunat Hari ni. Buatlah... tapi.. jangan sandarkan dgn Hadith maudhu..atau kata ianya satu Amalan khas.

Puasa khas Ada..

Tapi Solat khas Asyura Tak Ada.

Harap Kita sentiasa ingat mengingat...
bro blah saja dari semua group merapu itu. budak nak up penagih media sosial yg rajin viral amalan tak tau hujung pangkal ni.
 
Awang Selamat

Active Member
Messages
2,280
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,280
Reaction score
342
Points
51
Hari ni semua group wassap Saya dapat anjuran Solat Sunat Hari Asyura.

Saya yakin amalan solat Sunat khas Hari Asyura dgn niat khasnya...khafiat 4 rakaat 2 Salam .
Yg ni satu Amalan yg Tak Ada Asas dlm Islam.

Kalau nak buat Solat Sunat Hari ni. Buatlah... tapi.. jangan sandarkan dgn Hadith maudhu..atau kata ianya satu Amalan khas.

Puasa khas Ada..

Tapi Solat khas Asyura Tak Ada.

Harap Kita sentiasa ingat mengingat...

solat sunat Hari Asyura amalan shiah kot..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register