BTC USD 43,133.2 Gold USD 1,750.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga telur naik mendadak

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,673
Reaction score
21,646
Points
1,671
3 syarikat didakwa jual telur mahal

image.jpeg


MELAKA - Tiga buah syarikat pengeluar telur ayam di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencatut dalam penjualan telur ayam gred A.


Syarikat yang dituduh, LTK (Melaka) Sdn. Bhd., Chong Yee Nam Sdn. Bhd. dan Chong Wei Chit Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah masing-masing bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, syarikat LTK (Melaka) Sdn. Bhd. didakwa telah mencatut dalam penjualan sebiji telur ayam gred A sebanyak 17.46 peratus sehingga menyebabkan kenaikan peratusan margin dari 12.29 peratus kepada 29.75 peratus, kira-kira pukul 11.15 pagi di premis LTK Melaka Sdn Bhd, Durian Tunggal, Alor Gajah, 7 Mac lalu.

Sementara itu, Syarikat Chong Yee Nam Sdn. Bhd. didapati mencatut dalam penjualan sebiji telur ayam gred A sebanyak 12.86 peratus sehingga menyebabkan kenaikan peratusan tokok dari 14.41 peratus kepada 27.27 peratus kira-kira pukul 2.15 petang di premis terbabit di Lendu New Village, Alor Gajah, 13 Disember 2018.

Syarikat Chong Wei Chit Sdn. Bhd. pula didakwa mencatut dalam penjualan sebiji telur ayam gred A sebanyak 27.59 peratus sehingga mengakibatkan kenaikan peratusan dari 5.06 peratus kepada 32.65 peratus kira-kira pukul 2.30 petang di premis terbabit di Jalan Lendu, Alor Gajah, pada 13 Disember 2018.

Bagi kesalahan itu, ketiga-tiga syarikat berkenaan didakwa di bawah Peraturan 3(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi tidak munasabah) 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(a) akta yang sama.

Sabit kesalahan, syarikat terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, boleh didenda sehingga RM1 juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Hazril Harun dan Mohammed Heikal Ismail, manakala ketiga-tiga syarikat diwakili Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah.

Nathan Rengganathan kemudian memohon satu tarikh baru untuk mendapatkan dokumen berkaitan daripada pihak pendakwaan.

Norma kemudian menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula bagi ketiga-tiga kes.


http://www.kosmo.com.my/negara/tiga...akwa-mencatut-penjualan-telur-gred-a-1.883406
 
Sponsored Post

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,565
Reaction score
969
Points
121
LTK tu memang bukan sedia mahal ke... rupanya mencatut jugak...rasanya biasa je tgk dari telur biasa... packing je la cantik.
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,495
Reaction score
805
Points
171
harga telor sekarang adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat.. kata mentari passola :D
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,673
Reaction score
21,646
Points
1,671
16 April: DUA daripada tiga pengarah syarikat pengeluar telur yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencatut penjualan telur ayam gred A di syarikat masing-masing, keluar dari pekarangan Mahkamah Sesyen Melaka di Ayer Keroh, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

image.jpeg
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,251
Reaction score
2,437
Points
201
Tmpt aku Harga telur masih yahudi xturun2 hahaha
 

wataktau

Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
424
Points
41
kat tempat aku harga ayam bersih sekilo rm3.60. jauh lebih rendah berbanding harga biasa rm6-7 sekilo. tp adakah harga nasi ayam kat kedai turun? adakah harga ayam gulai, ayam goreng dan lain2 makanan berasaskan ayam turun harga?

mmg benarlah....peniaga dan sifat tamak berpisah tiada

Biar betul RM3.60 sekilo. Apasal murah sangat. Kat mana tu?
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,495
Reaction score
805
Points
171
selagi kawan ben pegang telor.. mmg harga takkan turun punya
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,251
Reaction score
2,437
Points
201
Brg klau dh naik susah la nak turun....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,673
Reaction score
21,646
Points
1,671
Sanggup tunggu 2 jam mahu elak jurugambar

271619.jpg

Tiga wakil syarikat pengeluar telur ayam bertindak melarikan diri sebaik keluar dari pintu kamar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini selepas kesemua mereka yang mewakili syarikat masing-masing dituduh mencatut dalam penjualan telur ayam gred A, pada hujung 2018 dan bulan lalu.

AYER KEROH - Gara-gara mengelak diri dirakam jurugambar, tiga wakil syarikat pengeluaran telur ayam di negeri ini melarikan diri sebaik keluar dari pintu kamar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini.

Tindakan itu dibuat selepas kesemua mereka yang mewakili syarikat masing-masing dituduh mencatut dalam penjualan telur ayam gred A, pada hujung 2018 dan bulan lalu.

Media yang membuat liputan juga terpaksa menunggu hampir dua jam berikutan kesemua mereka enggan keluar dari kamar mahkamah sebaik menyedari kehadiran jurugambar selepas kes terbabit selesai disebut kira-kira jam 10 pagi.

Ketiga-tiga wakil syarikat terbabit sebelum itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.


https://www.sinarharian.com.my/article/23762/EDISI/Melaka-NS/Larikan-diri-elak-dirakam-jurugambar
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register