BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Sebuah Penulisan Yang Jujur

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,859
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
57,859
Reaction score
6,451
Points
916
Awards
1
01.12.2021 - Kuala Lumpur, Baru - baru ini, seorang pengguna Facebook, Mohd Fadli Salleh memuat naik hantaran di Facebook berhubung isu golongan murid di negara ini terpaksa membawa beg yang berat ketika ke sekolah. Menurutnya, walaupun murid di negara ini membawa beg yang besar serta mempunyai silibus pembelajaran yang tinggi dan padat, namun beliau mengatakan tahap pendidikan Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara maju seperti United Kingdom (UK).
1638324435757.png

Golongan murid negara ini (kanan) terpaksa memikul beg yang berat ke sekolah setiap hari.

"Realitinya, anak-anak kita tertekan nak pergi sekolah. Takut. Sekolah membosankan. Semua benda menyeronokkan untuk kanak-kanak tak boleh. Mereka perlu jadi macam robot. Berbeza dengan sistem luar negara yang anak-anak mereka tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Sekolah adalah tempat menyeronokkan bagi mereka. Hal ni kena ubah. Dah bertahun-tahun asyik kaji kaji, kaji saja bila isu beg berat, bila isu subjek banyak, bila isu silibus padat bila isu sekolah tempat membosankan bagi anak-anak," ujarnya pada Isnin.
1388039.jpg

Hantaran Mohd Fadli di Facebook miliknya

Bagaimanapun, pada Selasa, Mohd Fadli yang bertugas sebagai seorang guru, dipanggil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung hantarannya itu. Berdasarkan surat makluman yang dihantar kepada beliau, Unit Integriti KPM mahu melaksanakan pengesahan tentang suatu maklumat aduan yang diterima oleh pihak mereka.
1388043.jpg

Surat makluman yang dihantar oleh KPM kepada Mohd Fadli

Menurut Mohd Fadli, beliau tidak takut dipanggil kerana apa yang ditulisnya adalah realiti yang berlaku dalam sistem pendidikan negara ini.

"Harga sebuah penulisan yang jujur mengenai sistem pendidikan negara kita. Tak apa, dia panggil, kita pergi saja. Dia tanya, kita jawab sejujurnya. Nak takut apa," tegasnya.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2021/12/01/harga-sebuah-penulisan-yang-jujur
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register