BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Sayuran Di Pasaran Stabil Mac Tahun Depan - Mohamad Sabu

Md Hanif

Active Member
Messages
1,233
Joined
Jun 13, 2023
Messages
1,233
Reaction score
96
Points
35
6c7c6421fb9ff3a39bf194eff3f1e8b86639d657b4b10


a509dc830239a95e7db33e7f31bf21a367624811eb699


Harga sayur-sayuran di pasaran tempatan dijangka kembali stabil pada Mac tahun depan selepas berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata cuaca tidak menentu kini menyebabkan bekalan sayur berkurangan dan harga jualan meningkat.

“Setiap kali musim tengkujuh akan berlaku masalah tersebut dan kita memang ada terima laporan berhubung perkara ini yang mana harga sayur yang dijual di pasaran akan meningkat.

"Justeru, kita jangka masalah ini dapat diselesaikan pada Mac tahun depan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memainkan peranan untuk memastikan bekalan sayur mencukupi di negeri yang terlibat," katanya kepada pemberita di bangunan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 kepada 10,628 pesawah di Kelantan yang terjejas banjir tahun ini berjumlah RM6.3 juta.

Beliau berkata kerugian awal dalam sektor pertanian akibat banjir sejak bulan lepas di Kelantan dianggarkan berjumlah RM33.2 juta, membabitkan 4,888 individu.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register