BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Runcit RON97, RON95 Kekal - MOF

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,604
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,604
Reaction score
323
Points
141
910f2a8acdca974f2b8086290b5b88745fb7706010127

Gambar fail Bernama

Harga runcit RON97 kekal pada paras RM3.17 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung pula naik tiga sen seliter daripada RM2.91 kepada RM2.94 manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut MOF, penetapan harga runcit itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register