BTC USD 37,754.5 Gold USD 1,774.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Rumah Di Sarawak Melambung Naik

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Harga Rumah Di Sarawak Melambung Naik

KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Harga rumah di negeri Sarawak melambung naik dalam tempoh masa kurang setahun, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata pada bulan Mei lalu kenaikan harga rumah-rumah kembar dua tingkat mencecah RM500,000 seunit dan harga rumah teres 'corner' dua tingkat mencecah RM300,000.

"Harga terkini rumah kembar dua tingkat mencecah RM600,000 seunit, dan RM400,000 seunit untuk rumah teres 'corner' dua tingkat," katanya semasa menggulung ucapan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari Selasa.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa para pemaju di sini ingin mengikut jejak langkah pemaju di Australia, Hong Kong, China dan Singapura yang menaikkan harga perumahan secara mendadak dengan menggunakan alasan bahawa harga tanah, bahan binaan dan minyak dikatakan telah menaikkan kos binaan.

"Keadaan ini boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana tidak mampu membeli rumah idaman mereka. Selain itu, ia boleh mengakibatkan berlaku lompang hartanah yang boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.

Abang Johari berkata masih terdapat 70 peratus stok perumahan yang berharga dalam lingkungan RM250,000 ke bawah, dan jika diambil kira rumah-rumah pada harga RM350,000 ke bawah, maka rumah jenis ini meliputi 87 peratus daripada stok yang sedia ada.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini terdapat 4,641 unit baru dalam pasaran perumahan swasta di Sarawak, iaitu menurun 2,412 unit berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya mengikut rekod Pengamal Perumahan, 20,600 unit perumahan dimajukan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

"Daripada jumlah tersebut, 4,000 unit adalah stok yang masih belum dijual. Antara faktor ialah lokasi dan harga jualan," katanya sambil menambah bahawa kementerian turut dimaklumkan bahawa terdapat pembeli yang membatalkan pembelian akibat kegagalan mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Mengenai program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Sarawak, Abang Johari berkata kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperuntukkan sejumlah RM50 juta tahun ini bagi membina 643 unit RMR.

"Sebanyak 451 unit rumah akan dibina dibawah RMR Skim Pembesaran Kampung dengan anggaran kos sebanyak RM35,540,000 manakala 192 unit rumah dibawah RMR Skim Individu dengan anggaran kos RM14,423,000," katanya.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,487
Reaction score
38
Points
80
wah ini leh buat pelaburan hartanah disane.
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
akan sampai satu masa...malaysia akan jadi macam US..bisnes hartanah menjadi naik turun..:-?
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
saper yang pegang industri bahan binaan ?
 

ammar5

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2006
Messages
6,511
Reaction score
14
Points
65
pelik bin ajaib.sarawak punya la luas tanah die,tapi mahal nak mampus harga die.kenapa jadi mcm nie?nie kerja-kerja broker tanah la yg mark up giler-giler.sapa broker2 tanah tu?yg kerja bahagian evaluation pun sama,mark up...semua nak untung atas angin.bkn x boleh untung,ala kadar udah la....aku no komen pasal benda nie.kos pembinaan aku rasa normal je...kena cek sapa yg meluluskan sesuatu projek tu?....:)):)):))...utk info zerovirus,Sarawak punya supplier still cha la bro,mana bumi leh lawan buat masa nie....
 

ennoar

Active+ Member
Joined
Apr 22, 2008
Messages
2,838
Reaction score
34
Points
30
tak de nak beli punye..macam ari tuh letak sampai 500000 last2 turun balik 350k...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register