BTC USD 37,875.4 Gold USD 1,790.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga Roti Gardenia Di Sabah & Sarawak Lebih Mahal

iced_coolz

Active Member
Messages
1,279
Joined
May 18, 2013
Messages
1,279
Reaction score
335
Points
41
kalau aku ada kereta terbang atau helikopter, bole ke aku terbang ke sabah & sarawak sesuka ati?
atau perlu buat permohonan dulu? sebab masih dalam malaysia kan?

kadang2 terpikir adakah teknologi kereta terbang sengaja tidak di perbesarkan kerana takut banyak syarikat alami kerugian seperti airlines, kilang roti ?
kena tgk juga, teknologi yg sedia ada seperti helicopter, kapal terbang, jet. ada kah enjin makin compact, fuel efficiency, makin ringan.
bagaimana dengan keselamatan. kenderaan yg beroda ni pun sekadar berharap dengan airbag. lagi la dengan helipkopter, kapal terbang ringan, apa safety mereka? seatbelt je ke?
dari segi traffic, yg guna jalan raya senang untuk di kawal. tapi yg diudara? yg ruang udara tidak sesak pun boleh bertembung. tu belum lagi terhempap atas orang, bangunan.
mende ni kena seiring dgn apa yg ada teknologi waktu itu contoh kenderaan beroda ni, dah menjadi standard assisted driving, assisted parking. enjin guna battery cell. dan battery cell tu makin compact, ringan dan berkuasa.
nak kena naik kenderaan hovercraft? mungkin jadi standard dengar kemalangan putus itu ini sebab termasuk dalam fan blade, propeller.

mungkin juga ianya terus 'skip' dari improvekan kenderaan beroda, kepada kederaan terapung.

sekadar pandangan.
 
Sponsored Post

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40

Gardenia naikkan harga roti hingga 45 sen mulai 1 Disember​


gardenia_1637832436.jpg

Gambar fail. -BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 Disember ini.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata, peningkatan ketara dalam kos-kos pengeluaran dan bahan, yang di luar kawalannya, telah meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia.
Katanya, semakan harga itu membabitkan produk-produk, dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

"Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.


"Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan," katanya.

Tambahnya, Gardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usahanya untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang mereka.

"Bagi Gardenia KL, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.
"Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan," katanya.

Sementara itu dalam senarai semakan harga yang dilaporkan dihantar kepada peruncit, harga roti Classic Original Gardenia akan naik 30 sen kepada RM2.80, roti Jumbo berharga RM4, naik 45 sen manakala Roti Bonanza Big Value akan naik 35 sen menjadi RM3.10.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual dengan kenaikan 30 sen, manakala roti Bran & WheatGerm pula akan menyaksikan kenaikan 40 sen.

Sementara itu, senarai roti Delicia dan Toast-em, yang merangkumi roti Butterscotch dan Choco Raisin, pula akan dijual pada harga RM4.00 iaitu lebih 30 sen berbanding sekarang.

Roti sambal bilis syarikat pula akan berharga RM1.30 mulai bulan depan manakala roti krim Quick Bites naik 10 sen menjadi RM1.00.
Gardenia Bakeries (KL) adalah syarikat usahasama antara sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd, yang juga mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di Singapura dan Filipina dan juga syarikat Malaysia, Padiberas Nasional Bhd.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Senarai Harga Baru Roti Gardenia Mulai 01.12.2021

d18a.jpeg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register