BTC USD 27,702.9 Gold USD 1,978.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga petrol RON95 mungkin kekal sehingga Jun 2015 - Ahmad Maslan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi petrol mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.

"Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014, di sini hari ini.

Ahmad berkata, sistem itu akan turut dilaksanakan ke atas pengguna diesel pada Januari depan, seperti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha KPDNKK baru-baru ini.

"Bagi subsidi diesel, saya difahamkan setakat ini sistem tersebut bakal dimuatkan dalam kad 'fleet' para pengguna," katanya, sambil menambah bahawa cadangan ini mungkin akan berubah disebabkan jangka masa yang masih panjang.

Ahmad berkata, KPDNKK telah membuka Permohonan Cadangan (RFP) untuk pelaksanaan sistem subsidi petrol yang menilai dari segi pendapatan individu dan hak milik kenderaan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan telah membuat permohonan bertulis kepada KPDNKK untuk menukar terma 'caj perkhidmatan' yang dikenakan oleh sesetengah restoran dan hotel, kepada 'caj restoran' atau "caj hotel'.

Beliau berkata, langkah ini wajar dalam memastikan rakyat tidak terkeliru dengan terma berkenaan dan menyangka bahawa kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas bayaran itu diambil oleh kerajaan.

"Caj perkhidmatan diambil oleh restoran dan hotel. Ia bukan cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan," katanya.

- BERNAMA.


21okt_maslankekal.transformed.jpg
 
Sponsored Post

tomie

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
74,004
Joined
Dec 25, 2006
Messages
74,004
Reaction score
8,292
Points
886
Awards
1
dah muak dgn kata2 mcm ni.... 'harga minyak ron 95 takkan dinaikan dalam masa terdekat'. tengok2 lepas 2 bulan naik jugak... ~X(

jan'2015 ..harga minyak dunia naik $1.20 setong ..
kerajaan tidak boleh berbuat apa2 melainkan terpaksa naikkan harga minyak,...subsidi semakin meningkat... (co0ntoh la) #:-S:">
 
Sponsored Post

Top
Log in Register