Harga minyak turun sebelum Aidiladha

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU 1 Dis. - Kerajaan dijangka menurunkan lagi harga runcit minyak petrol dan diesel dalam masa terdekat ini atau selewat-lewatnya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga minyak pasti akan diturunkan ekoran penurunan harga minyak global ketika ini.

Ditanya sama ada penurunan itu akan diumumkan pada Rabu ini, beliau hanya tersenyum dan mengulangi jawapannya beberapa kali bahawa penurunan akan berlaku dalam masa terdekat ini.

"Penurunan bulan November sepatut dua kali tetapi perlu tunggu Menteri Kewangan balik dari luar negara ketika itu. Namun sudah pasti harga minyak akan turun lagi sebelum Hari Raya Aidiladha ini," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Seminar Pembangunan Perniagaan Peniaga dan Usahawan Kecil Johor Bahru di sini hari.

Shahrir bagaimanapun enggan mengulas ramalan bahawa harga petrol akan diturunkan sebanyak 15 sen.

"Jangan buat kesimpulan," katanya sambil membayangkan penurunan harga minyak kali ini tidak akan melebihi 15 sen.

Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen yang merupakan pengurangan kali kelima sejak Ogos lalu.

Langkah itu membolehkan harga petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter, manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Mengulas kemungkinan harga diesel lebih tinggi daripada harga petrol pada masa akan datang, Shahrir berkata, negara kini sedang berdepan dengan pasaran yang luar biasa.

Jelasnya, keadaan pasaran sudah berubah menjadi sebaliknya berikutan harga diesel yang lebih tinggi daripada harga petrol.

"Belum tahu lagi sama ada harga diesel juga akan diturunkan. Kita sama-sama tunggu pengumumannya nanti," katanya.

Shahrir berkata, kerajaan belum memutuskan sama ada akan menetapkan harga lantai atau harga apungan yang merujuk pada harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia.

Katanya, mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada hari ini tidak membincangkan perkara tersebut sebaliknya memberi fokus pada isu keselamatan negara.

Bagus...kasi turun sampai tinggal RM1 seliter
 
Sponsored Post

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
tah yo tak tidak nak turun...
dorang ni kan pakar...
bukan pakar ekonomi tapi pakar torak
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Eboss duduk kat Venezuela... Murah minyak kat situ
 

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
bagus la turun, jimat sikit duit aku masa balik kampong nanti..
 

levitez

Legendary Member
Joined
May 28, 2007
Messages
14,102
Reaction score
15
Points
115
bagus lah turun...dengan PM & TPM sekali turun lagi best!! :))
 

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
skang die kasik turun la sbb nk alih kepimpinan
nnt dh amik alih nnt, tok najib sebat la kite balik
mesti punya

:)):))
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Turun lah harga diesel sekali... minyak kereta aku ok jer... minyak lori yang aku tak tahan tu...
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
turun tue nak kasi rega braper arr?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register