BTC USD 43,727.4 Gold USD 1,776.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga minyak masak 5kg naik melambung

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,395
Reaction score
398
Points
91
1043816.jpg

ALOR SETAR - Harga minyak masak botol bersaiz 5 kilogram (kg) dikesan naik mendadak hingga 10 peratus sejak awal tahun ini berbanding tahun lalu hingga membebankan pengguna terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.

Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, tinjauan mendapati harga minyak masak botol bersaiz 5kg kini boleh mencecah antara RM28 hingga RM34 berbanding RM25 hingga RM27 tahun lalu.

Menurutnya, harga minyak masak 5kg berkenaan didapati naik setiap tahun dan meningkat semula sejak awal Januari lalu sebelum mengalami peningkatan lagi ketika musim perayaan ini.

"Kita melakukan tinjauan di beberapa kedai di Kedah termasuklah Langkawi selepas menerima banyak aduan tentang kenaikan harga barang runcit khususnya minyak masak lima kilogram.

"Melalui pemerhatian, kita mendapati sememangnya harga minyak menunjukkan peningkatan mendadak hingga 10 peratus dan dikhuatiri membebankan pengguna," katanya kepada pemberita selepas tinjauan di sebuah pasar raya mini di Jalan Seberang Perak di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Yusrizal berkata, kenaikan harga minyak masak tersebut tidak hanya berlaku di Alor Setar, sebaliknya dipercayai turut dialami pengguna di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor.

"Bayangkan, minyak masak kualiti paling rendah sekalipun harga dijual dirasakan luar kemampuan dan membebankan pengguna, tambahan pula ramai yang terjejas akibat Covid-19.

"Pengguna tiada pilihan lain dan terpaksa membeli minyak masak berkenaan walaupun dijual pada harga tinggi memandangkan memerlukan bahan itu untuk memasak," katanya.

Mohd Yusrizal, Cake berharap sesetengah peniaga dan pemborong tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati mereka khususnya ketika majoriti rakyat Malaysia beragama Islam akan meraikan Aidilfitri.

Selain itu, katanya, Cake turut berharap minyak masak dapat dimasukkan dalam senarai barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMO) 2021 yang dikuatkuasakan sejak 21 April lalu hingga 20 Mei depan.

Katanya, pihaknya berharap kerajaan mempertimbangkan memasukkan minyak masak yang mendapat permintaan ketika musim perayaan di bawah skim berkenaan seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Selain itu, beberapa barangan lagi, termasuklah santan serta sayur-sayuran juga diharapkan dimasukkan dalam skim memandangkan jumlah 12 barangan kawalan diumumkan sebelum ini dirasakan agak sedikit,"katanya.

Dalam perkembangan sama,Mohd Yusrizal tidak menafikan pengguna boleh membeli minyak masak subsidi yang dijual pada harga lebih rendah, bagaimanapun menjelaskan jumlah pembelian barangan berkenaan dihadkan.

"Ada had pembelian minyak masak subsidi ditetapkan untuk pengguna, misalnya dua bungkusan sahaja untuk orang awam dan lima bungkusan minyak untuk peniaga, itu pun untuk individu dikenali dan kemungkinan tidak dijual kepada pembeli tidak dikenali," katanya.

== sinar harian
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,390
Reaction score
15,011
Points
2,376
KAWALAN HARGA | Peniaga Naikkan Harga Jualan Boleh Didakwa

Peniaga yang menaikkan harga barangan jualan tanpa mematuhi perundangan pencatutan boleh didakwa melakukan kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,395
Reaction score
398
Points
91

Harga minyak masak botol dipengaruhi harga minyak mentah dunia

Healthy-oil.jpg

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan perubahan harga bagi minyak masak botol ketika ini banyak dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dunia.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya bagaimanapun, memandang serius situasi harga minyak masak botol di pasaran kerana ia penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, rakyat perlu faham bahawa minyak masak botol tidak diberikan subsidi dan akan dijual mengikut harga pasaran berdasarkan mekanisme pengapungan harga.

“Harga pasaran minyak masak adalah ditentukan oleh harga Minyak Sawit Mentah dunia dan lain-lain kos seperti kos operasi, kos bahan mentah (minyak masak mentah) dan kos pembungkusan (kos botol atau plastik adalah berbeza).

“Justeru, wajar dan munasabah situasi perubahan harga minyak mentah dunia ini memberi kesan kepada perubahan harga runcit minyak masak botol yang dijual di pasaran,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Alexander berkata, berdasarkan rekod pemantauan harga KPDNHEP sepanjang April ini, harga terendah bagi minyak masak botol tulen 5 kilogram (kg) adalah RM21.50 dan harga tertinggi adalah RM30.

Dalam pada itu, Alexander berkata, program pemberian subsidi terhadap minyak masak dalam polibeg 1 kg tetap diteruskan kerajaan bagi memastikan rakyat terus dapat menikmati bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah pada harga mampu milik iaitu RM 2.50 bagi 1kg.

Menurutnya, pengguna diberi pilihan untuk memilih minyak masak bersubsidi 1kg yang juga berkualiti atau memilih minyak masak botol yang ada dijual dalam pelbagai berat dan harga.

== Kosmo Online
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,964
Reaction score
3,406
Points
201

Bila hari raya je puak puak perangai yahudi ni buat hal....naikkan harga.. sejuta mcm alasan diberikan.....
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,924
Reaction score
14,763
Points
1,906
statement daripada KPDNHEP bertarikh 25/4/2021

0E187A6D-45E8-4545-95E9-7AC12CAACF46.jpeg

6944DDC2-8FFC-41FC-AA4E-14E36C0CEE69.jpeg

82730DD4-7E68-47C9-AF29-72CB59880442.jpeg

2AB136A3-5294-43DF-9C52-61FE319E14AD.jpeg

55B054CD-295C-4C41-93A8-F5D526C7995C.jpeg
 
Attachments

  • 82730DD4-7E68-47C9-AF29-72CB59880442.jpeg
    82730DD4-7E68-47C9-AF29-72CB59880442.jpeg
    456.2 KB · Views: 0
  • 78A84B6B-72FF-4D73-8188-475E85C8E681.jpeg
    78A84B6B-72FF-4D73-8188-475E85C8E681.jpeg
    426.5 KB · Views: 0

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
42,160
Reaction score
1,401
Points
201
rege barang naik seiring dah sejalan dgn kes harian... bff dorg ni
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,830
Reaction score
2,685
Points
201
Harga minyak sawit dah jadi RM30++ lening. Gila lah. Sebelum ni dalam RM27-28 jer.
 
akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,809
Reaction score
265
Points
56
harga minyak sedar x sedar dah lebih 2 hengget seliter..
dulu pkp 1 merasa gak la minyak bwh 1.50
alhamdulilah rezeki buat pekebun sawit
 
TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,495
Reaction score
21,629
Points
1,671
Atas rm30 sume

FB_IMG_1622971684840.jpg

FB_IMG_1622971691591.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register