Harga minyak jatuh USD80 jejaskan kaunter O&G di Bursa Malaysia

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,088
Reaction score
20,952
Points
1,661
KUALA LUMPUR: Penurunan harga minyak mentah serta unjuran permintaan yang rendah, melemahkan lagi kaunter berkaitan minyak dan gas pada sesi pagi dagangan Bursa Malaysia.

Pada waktu rehat 12.30 tengah hari, Petronas Chemicals mendahului kaunter rugi apabila susut 25 sen kepada RM5.60. UMW Oil and Gas jatuh 12 sen kepada RM3.10, Shell Refining turun 10 sen kepada RM5.60 manakala Petronas Dagangan susut enam sen kepada RM19.44.

Mengikut laporan media antarabangsa, penanda aras minyak mentah Eropah, Brent meneruskan penurunan apabila jatuh di bawah AS$80 (RM266.80) setong ketika Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) memutuskan tidak mengurangkan pengeluaran biarpun harga menghampiri paras terendah dalam tempoh empat tahun.

Keadaan diburukkan lagi apabila OPEC mengunjurkan permintaan minyak bagi 2015 jatuh kepada 29.30 juta tong sehari, berkurangan hampir sejuta tong daripada pengeluaran ketika ini, kata laporan itu.

"Kali terakhir harga minyak mentah Brent diniagakan AS$80 adalah pada September 2010," kata laporan itu.

Mengikut laporan itu, harga jualan di bawah AS$80 hanya memberi tekanan kepada negara pengeluar minyak kerana selain tidak menguntungkan, kebanyakan negara berkenaan menetapkan belanjawan mereka berdasarkan harga minyak. -- BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/17505
 
Top
Log in Register