Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter.

Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.

"Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Harga lantai

Semalam, Shahrir berkata jika mengikut harga di pasaran, sehingga 20 November lalu harga minyak adalah RM1.60 seliter (tanpa subsidi) ketika harga purata minyak mentah di bawah AS$60 dolar setong, sekaligus, buat pertama kalinya harga runcit di pam lebih tinggi daripada harga pasaran.

Sehubungan itu, katanya mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini akan membincangkan mekanisme tertentu termasuk keperluan penetapan harga lantai memandangkan trend penurunan harga minyak sekarang menyebabkan satu harga minimum sukar ditentukan.

Beliau turut menyifatkan penurunan harga minyak mentah dunia adalah di luar ramalan dan dugaan serta tidak diketahui akan menurun sehingga ke tahap mana pada akhirnya.

"Pada mesyuarat 1 Disember ini, kena dibincangkan apa keputusan dan sasar dari segi kerajaan dalam melihat kepada menghadapi keadaan di mana sekarang harga minyak mentah turun dengan begitu pantas.

"Pada Ogos lalu, oleh kerana ada subsidi, ia dapat diturunkan dengan lebih cepat, jika tidak ada fakta subsidi, harga minyak RM2.70 hanya boleh diturunkan pada September, tetapi oleh kerana ada subsidi 30 sen, lagi cepat kita dapat turunkan harga runcit di pam," katanya.

Kita tengok hujung nanti macam mana
 
Sponsored Post

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
elok sngat la kalo camtu.....wait n see...
 

hardbiz

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
2,748
Reaction score
1
Points
25
Igt 35 sen tadi .. masa aku makan tgh hari td .. ade dgr org cakap harga turun 35 sen ..jadi RM1.65 ... ape2 pun elok sangt la turun tu
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
aku nak nengok gak.. shahrir duk cakap tadik..
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
kena isi minyak utk keperluan jer... "pay per use"

kalau isi penuh tangki.. rugi plak mcm pengusaha stesen minyak yg cerita skarang ni...


masa rega terus naik ari tu, takde plak diorang mengeluh tiba2 untung besar...:D:D
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
turun sikit2 ni aku anggap oil price kat mesia ni tgh correction, jgn plak lepas ni naik mencanak wave 3.. abis kite.. :((
 
Sponsored Post
Top
Log in Register