BTC USD 51,472.0 Gold USD 1,781.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga minimum rokok RM6 hujung tahun ini

Sony_Boy

Super Active Member
Messages
7,289
Joined
Jun 20, 2007
Messages
7,289
Reaction score
173
Points
73
http://www.malaysiakini.com/news/92073

Harga minimum rokok mungkin ditetapkan RM6 sekotak menjelang akhir tahun ini sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

Kementerian Kesihatan kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008, yang akan menyaksikan penetapan harga minimum bagi semua rokok yang dijual di pasaran tempatan.

Menurut Bernama, perkara itu dibincang dan dipersetujui semua pihak termasuk industri dan kabinet pada 17 September lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

smoking rokok 291008 02"Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan harga rokok di pasaran adalah strategi paling utama dan amat berkesan sekali dalam usaha mengawal penggunaan tembakau, khususnya bagi generasi muda, iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah," beliau dipetik berkata hari ini.

Apabila harga lantai dikuatkuasakan nanti, peruncit yang didapati melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, katanya.

Mulai Jun pula, semua kotak rokok diwajibkan mempamerkan cetakan amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan tentang bahaya kandungan rokok dan pernyataan larangan jualan kepada orang berumur bawah 18 tahun melalui pewartaan peraturan itu 15 September lalu.

Melalui pewartaan itu juga, tambah Liow, istilah-istilah seperti 'low tar', 'light', 'ultra-light' atau 'mild' adalah dilarang berkuat kuasa serta-merta.

Menurut agensi berita itu lagi, peraturan baru itu juga mengisytiharkan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok, termasuk kakitangan dan pelawat.

Penakrifan semula kawasan larangan merokok di kompleks beli-belah kini turut merangkumi kawasan kaki lima di sekeliling bangunan berkuatkuasa serta-merta.

Mengulas mengenai penguatkuasaan, Liow berkata tahun ini sahaja sebanyak 2,622 perokok telah dikompaun dengan nilai RM564,000 bagi kesalahan-kesalahan berkaitan, manakala 1,946 kes lagi dibawa ke mahkamah.

benda apa yg murah nak isap? kekekeke.. :D
 
Sponsored Post

kay ee

Active Member
Messages
1,342
Joined
Apr 21, 2008
Messages
1,342
Reaction score
9
Points
25
aku smoker:(( camner nak stop ni:(:)(( rindu pada rokok lebih hebat daripada rindu orang tau:((
 

naj2921

Active+ Member
Messages
4,529
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
inilah cara kerajaan nak dapat duit :D:D
 

VAMP

Ex-Super Mod
Messages
10,440
Paid Membership
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,440
Reaction score
59
Points
130
bile harga rokok nak turun ye.. :"> :D
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Messages
23,928
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,928
Reaction score
3,806
Points
201
Elok jugak.Patut kasi RM10 sebungkus baru best.RM6 murah lagi tu.Kalau tiap2 tahun naik RM1.00 heheh:D
 

matlan

Passed Away
Messages
7,279
Joined
Apr 11, 2007
Messages
7,279
Reaction score
165
Points
73
aku tgh berkira nk berenti merokok... ni nk bagi turun rm6, nmpk gaya lambat le aku berenti merokok...:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register