Harga lantai minyak petrol, diesel? Anda setuju?

CG Sponsors




Harga lantai petrol, diesel? Anda setuju?


  • Total voters
    0

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai harga lantai bagi petrol dan diesel akan diketahui selepas mesyuarat exco Majlis Ekonomi Negara pada Rabu depan,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata, keputusan itu yang sepatutnya diumumkan Isnin lalu, terpaksa ditangguhkan pada minggu depan kerana terdapat beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan.

“Kita akan adakan mesyuarat exco Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan selepas selesai mesyuarat itu, satu pengumuman mengenainya akan dibuat pada Rabu depan.

“Mesyuarat ini untuk memutuskan satu mekanisme lebih stabil dan boleh dilaksanakan dalam menentukan harga petrol dan diesel,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga dan Pelancaran Buku Kupon Diskaun 2009 di Giant Hypermarket Kota Damansara, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Jelaing Anak Mersat; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Pengarah Wilayah Asia Timur, Dairy Farm International, Datuk John Coyle.

Shahrir berkata, mekanisme itu bagi memutuskan sama ada akan mengguna pakai sistem apungan mengikut harga pasaran dunia atau menetapkan harga lantai.

“Majlis Ekonomi Negara akan mengkaji kebaikan dan keburukan setiap mekanisme itu dalam aspek yang memanfaatkan bagi keseluruhan, sumbangan kepada semua secara keseluruhan, sumbangan kepada sumber kewangan negara dan mengenai impak membangunkan sumber tenaga alternatif,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya tidak boleh mengambil tindakan ke atas peniaga yang tidak menurunkan harga barangan, walaupun kerajaan sudah mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel, baru-baru ini.

“Kita hanya mengawal barang seperti petrol, diesel, minyak masak, gula, roti putih, beras manakala selebihnya kementerian tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada undang-undang yang boleh mendakwa mereka.

“Kementerian tidak ada kuasa nak mendakwa peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barangan, walaupun kerajaan sudah beberapa kali menurunkan harga bahan bakar.

Mengenai sebahagian harga barang keperluan harian bukan kawalan yang masih belum turun walaupun harga bahan api diturunkan beberapa kali, Shahrir berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan.


p/s : dengan adanya harga lantai petrol ini, harga minyak negara tidak akan turun walaupun harga minyak dunia turun....apa pendapat korang?
 
Sponsored Post

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
tak setuju...
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
den x sokong..uhuhuhu
 

eNOOBz

Active Member
Joined
May 10, 2007
Messages
1,338
Reaction score
0
Points
20
Nak buat harge lantai ler plak.. kalo ikutkan sekarang kita yang bagi subsidi kat gomen.. sepatut nyer harge minyak sekarang jauh lebih murah.. :mad:

Harge siling tak nak buat?.. Mesti ikut harge pasaran konon.. :mad:

BN nie suka cari alasan.. asyik nak hisap darah Rakyat jer.. :(scam :(scam :(scam
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
nampak sangat kerajaan Be end masih nak melindungi tauke2 besar...
rakyat bukanlah apa sangat... mcmana lah rega barang nak turun...

sama mcm semi value yg suatu masa dahulu menjadi jurucakap kpd syarikat konsesi tol lebuhraya dlm isu kenaikkan tol....
 

JinggoBro

Fun Poster
Joined
Aug 13, 2008
Messages
289
Reaction score
4
Points
15
oo..masa turun,ada harga lantai plak ek..
masa naik,xde pn nak pikir harga bumbung ke...

masa naik,mungkin guna harga awan kot...

aku x sokong..
 

manok501

Fun Poster
Joined
Jul 28, 2008
Messages
703
Reaction score
0
Points
10
kalau nak letak harga lantai cam nie aku tak setuju gak...tapi kalau dia maintain harga lantai sekarang,,,tapi bila harga minyak naik lagi..kerajaan takkan naikkan harga lantai tersebut,,baru aku setuju..
 

Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,911
Reaction score
84
Points
70
cakap kat gomen tak payah la harga-harga lantai nie..

letak jer harga kubur terus lagi senang...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register