BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Harga Langganan Apple One Naik RM5/Bulan, Yang Terendah Bermula RM34.90

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Selepas setahun harga langganan Apple One dinaikkan, Apple sekali lagi menaikkan harga untuk pelan Apple One mereka. Selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengalami kemaskini harga ini termasuklah Amerika Syarikat. Berikut adalah senarai harga langganan baharu bagi pelan Apple One;​
  • Apple One Individu – RM34.90 (sebelum ini RM29.90, naik rm5)​
  • Apple One Keluarga – RM44.90 (sebelum ini RM39.90, naik rm5)​
  • Apple One Premier – RM84.90 (sebelum ini RM78.90, naik rm6)​
231026-Apple-One-Price-1.jpg


Kenaikan harga ini akan berkuat kuasa untuk pengguna baru. Jika anda telah melanggan Apple One, kenaikan kadar baharu ini akan dilihat pada kitaran bil seterusnya. Bagi mereka yang tidak mengetahui perbezaan antara pelan Apple One ini adalah pelan Individu menyediakan gabungan langganan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud+ 50GB. Pelan Keluarga juga menggabungkan langganan yang sama tetapi dengan iCloud+ yang lebih besar 200GB dan membolehkan perkongsian bersama 5 ahli keluarga lain.

Untuk pelan Premier, ia ditambah langganan Apple Fitness+ yang sesuai buat mereka yang gemarkan aktiviti senaman dan kecergasan. Selain mendapat saiz iCloud+ yang jauh lebih besar iaitu 2TB, pelan ini juga boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga lain. Sebelum ini, Apple juga telah menaikkan harga langganan iCloud+. Ini di mana penawaran paling tinggi, 2TB dinaikkan harga daripada RM39.90 kepada RM44.90, iaitu penambahan RM5 sebulan.​
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register