Harga emas dijangka lebih RM300 segram

CG Sponsors




jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,997
Reaction score
2,012
Points
191
Pemilik kedai emas dan pajak gadai ka maksud tuan ? jual pun untung beli pun untung.
Betul, kt tmpt aku ni..
Ada kedai tgh renevate coner shoplot buat kedai emas..

Bisness masyuk sangat..
 
Sponsored Post

Are reez007

Freshie
Joined
Jun 18, 2019
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
View attachment 261984

Harga emas dijangka cecah paras tertinggi awal 2021

KUALA LUMPUR: Harga emas dijangka melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang, demikian menurut Citigroup.


Kumpulan perbankan itu dalam laporan tinjauan komoditi suku ketiganya berkata, ada 30 peratus kemungkinan bahawa harga emas akan melepasi AS$2,000 seauns atau lebih RM300 segram dalam tempoh tiga hingga lima bulan lagi.

"Harga nominal emas sudah mencatatkan rekod tertinggi baharu dalam setiap pasaran G-10 dan ekonomi mata wang pesat membangun utama lain sepanjang tahun ini.

"Ia hanya menunggu masa untuk mencatatkan paras tertinggi baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS)," kata penganalisisnya.

Harga emas hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, apabila kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 dan jangkaan inflasi daripada lebih banyak langkah rangsangan ekonomi meningkatkan permintaan ke atas logam berharga itu.

Harga spot emas hari ini meningkat 0.1 peratus pada AS$1,817.23 (RM7,744.13) seauns atau kira-kira RM275 segram selepas mencecah paras tertinggi sejak September 2011 pada AS$1,820.06 kelmarin.

Harga emas meningkat 19.7 peratus, atau kira-kira AS$300 seauns setakat tahun ini.

Kali terakhir harga emas diniagakan di atas AS$1,800 seauns adalah pada September 2011, namun ia mengakhiri tahun itu pada AS$1,565 seauns.

Ketua Penganalisis Mata Wang HYCM, Giles Coghlan, berkata bank pusat AS, Rizab Persekutuan (Fed) dijangka melaksanakan lebih banyak program rangsangan ekonomi, berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

"Pegawai Fed sudah memberi amaran bahawa tinjauan AS semakin buruk dan langkah pelonggaran adalah jawapannya. Bank of England juga dijangka menambah rangsangan ke dalam ekonomi United Kingdom (UK) ketika ia tersepit dengan masalah Brexit dan COVID-19," katanya dalam satu nota.

Emas cenderung untuk mendapat manfaat daripada langkah rangsangan meluas oleh bank pusat kerana tindakan itu kebiasaannya mencetuskan inflasi.

Logam berharga dilihat sebagai pelindung nilai terhadap kenaikan harga dan nilai mata wang.

Peningkatan kes COVID-19 di AS serta beberapa negara lain seluruh dunia pula meningkatkan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi global, sekali gus menambah aliran pembelian aset selamat, seperti emas.

Ya, jangkaan ini juga bergantung kepada status vaccine dari US yang mana data akan dikeluarkan pada bulan 11 or 12 tahun ini.
china dan rusia juga sudah masuk fasa ketiga vaccine
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,560
Reaction score
224
Points
83
baru je beli emas minggu lepas kt kedai emas tanah merah caw wangsa maju...harga 256/g..beli rantai berat 20g rege 5k jgk la huhu berpeluh..

tp kedai ni sentiasa penuh beratur org nk beli emas..kagum gak la kmampuan org kita beratur nk beli brg2 emas ni mcm shoping kt kedai eco rm2 je haha
 

kotak85

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2013
Messages
910
Reaction score
24
Points
25
baru je beli emas minggu lepas kt kedai emas tanah merah caw wangsa maju...harga 256/g..beli rantai berat 20g rege 5k jgk la huhu berpeluh..

tp kedai ni sentiasa penuh beratur org nk beli emas..kagum gak la kmampuan org kita beratur nk beli brg2 emas ni mcm shoping kt kedai eco rm2 je haha
abg Din tokey die, jerung besar tu.
 

kotak85

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2013
Messages
910
Reaction score
24
Points
25
Pemilik kedai emas dan pajak gadai ka maksud tuan ? jual pun untung beli pun untung.
rasenyer maksud die ramai yang gunakan duit mamorterium untuk beli emas buat simpanan pelaburan jangka panjang
 

oso050

Active Member
Joined
Feb 25, 2018
Messages
1,249
Reaction score
191
Points
43
Hrp tak da la.manipulasi skim emas muncul nanti
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,997
Reaction score
2,012
Points
191
rasenyer maksud die ramai yang gunakan duit mamorterium untuk beli emas buat simpanan pelaburan jangka panjang
Bukan tu maksud aku..
Aku merujuk kpd tokey kedai emas..
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,362
Reaction score
553
Points
126
orang yang paling layak membuat ulasan pelaburan emas ialah masta RKG remedi karung guni. Pelaburan EMAS telah mengubah kehidupan beliau.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register