Harga emas dijangka lebih RM300 segram

CG Sponsors




Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,888
Reaction score
1,957
Points
191
La zaman jual emas..

1 dinar = 2 ekor kambing kampung..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,920
Reaction score
21,016
Points
1,671
Harga emas melepasi AS$2,000 seauns

SINGAPURA: Rali emas berterusan apabila harganya meningkat melebihi AS$2,000 seauns atau kira-kira RM300 satu gram apabila pelabur menilai prospek lebih banyak rangsangan untuk menangani masalah COVID-19 dan peningkatan risiko geopolitik.


Logam berharga itu meningkat lebih daripada 30 peratus tahun ini dan mampu untuk terus melonjak apabila kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat memberikan tindak balas kepada pertumbuhan perlahan dengan program rangsangan yang besar.

Presiden Rizab Persekutuan (Fed) San Francisco, Mary Daly, berkata ekonomi Amerika Syarikat (AS) memerlukan lebih banyak sokongan berbanding yang difikirkan sebelumnya.

Daya tarikan logam berharga itu sebagai alat penyimpan kekayaan semakin meningkat apabila pelabur berdepan prospek pemulihan global yang panjang, dengan bank termasuk Goldman Sachs Group Inc mengunjurkan rali sehingga AS$2,300 seauns.

"Emas berada dalam kedudukan untuk terus mendaki lebih tinggi," kata ahli strategi pasaran Sprott Inc, Paul Wong dalam satu laporan.

"Kita melihat perbelanjaan fiskal meningkat, dasar monetari yang begitu akomodatif untuk beberapa tahun akan datang serta pemulihan ekonomi mencabar, seperti yang dijelaskan oleh Fed."

Peralihan dalam pasaran bon AS juga mempengaruhi peningkatan mendadak emas, ditambah pula dengan dolar yang lebih lemah.

Pulangan sebenar Perbendaharaan 10-tahun menjunam di bawah paras sigar dan mencecah rekod terendah baharu di bawah -1 peratus.

Selepas merosot 3.3 peratus pada Julai, mata wang AS kini berada di paras terendah tahun ini.

Spot emas semalam meningkat setinggi 0.6 peratus ke paras tertinggi AS$2,031.14 seauns di Singapura, manakala niaga hadapan paling aktif berada setinggi AS$2,048.60 di Comex.

Spot perak juga meningkat setinggi 1.3 peratus kepada AS$26.3473 seauns, paras tertinggi sejak 2013, sebelum diniagakan lebih rendah.

"Walaupun ekonomi makro memihak kepada meas, kadar harganya meningkat telah menambah kepada risiko pembetulan," kata pengurus kanan komoditi Phillip Futures Pte, Avtar Sandu.

Bagaimanapun, katanya unjuran kenaikan emas kekal dengan kadar faedah sebenar yang rendah membolehkannya mengekalkan paras harga lebih tinggi. -Bloomberg

 
Sponsored Post
Top
Log in Register