BTC USD 63,281.1 Gold USD 1,794.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harga emas dijangka lebih RM300 segram

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,822
Reaction score
21,818
Points
1,671
wAFVBK8o.jpg


Harga emas dijangka cecah paras tertinggi awal 2021

KUALA LUMPUR: Harga emas dijangka melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang, demikian menurut Citigroup.


Kumpulan perbankan itu dalam laporan tinjauan komoditi suku ketiganya berkata, ada 30 peratus kemungkinan bahawa harga emas akan melepasi AS$2,000 seauns atau lebih RM300 segram dalam tempoh tiga hingga lima bulan lagi.

"Harga nominal emas sudah mencatatkan rekod tertinggi baharu dalam setiap pasaran G-10 dan ekonomi mata wang pesat membangun utama lain sepanjang tahun ini.

"Ia hanya menunggu masa untuk mencatatkan paras tertinggi baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS)," kata penganalisisnya.

Harga emas hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, apabila kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 dan jangkaan inflasi daripada lebih banyak langkah rangsangan ekonomi meningkatkan permintaan ke atas logam berharga itu.

Harga spot emas hari ini meningkat 0.1 peratus pada AS$1,817.23 (RM7,744.13) seauns atau kira-kira RM275 segram selepas mencecah paras tertinggi sejak September 2011 pada AS$1,820.06 kelmarin.

Harga emas meningkat 19.7 peratus, atau kira-kira AS$300 seauns setakat tahun ini.

Kali terakhir harga emas diniagakan di atas AS$1,800 seauns adalah pada September 2011, namun ia mengakhiri tahun itu pada AS$1,565 seauns.

Ketua Penganalisis Mata Wang HYCM, Giles Coghlan, berkata bank pusat AS, Rizab Persekutuan (Fed) dijangka melaksanakan lebih banyak program rangsangan ekonomi, berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

"Pegawai Fed sudah memberi amaran bahawa tinjauan AS semakin buruk dan langkah pelonggaran adalah jawapannya. Bank of England juga dijangka menambah rangsangan ke dalam ekonomi United Kingdom (UK) ketika ia tersepit dengan masalah Brexit dan COVID-19," katanya dalam satu nota.

Emas cenderung untuk mendapat manfaat daripada langkah rangsangan meluas oleh bank pusat kerana tindakan itu kebiasaannya mencetuskan inflasi.

Logam berharga dilihat sebagai pelindung nilai terhadap kenaikan harga dan nilai mata wang.

Peningkatan kes COVID-19 di AS serta beberapa negara lain seluruh dunia pula meningkatkan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi global, sekali gus menambah aliran pembelian aset selamat, seperti emas.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,582
Reaction score
15,628
Points
2,376
HARGA EMAS | Dijangka Cecah RM300 Segram

Harga emas pukal atau harga spot emas dijangka mencecah 2,000 dolar Amerika seaun atau lebih RM300 segram dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,822
Reaction score
21,818
Points
1,671
Harga emas cecah paras tertinggi dalam sejarah

KUALA LUMPUR: Harga emas yang mencecah paras tertinggi dalam sejarah hari ini berpotensi melepasi AS$2,000 (RM8,503.50) seauns atau kira-kira RM300 segram, disebabkan tekanan lebih besar ke atas ekonomi.


Penganalisis Kanan Penyumberan MineLife, Gavin Wendt, berkata tumpuan ketika ini beralih kepada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu ini dengan wujudnya ramalan pelaksanaan langkah seterusnya dalam memacu ekonomi termasuk kemungkinan kadar faedah pada paras negatif.

"Situasi ini akan memberi tekanan lebih banyak dan menolak emas melepasi paras AS$2,000 seauns

"Wujud kebimbangan mengenai data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih buruk daripada jangkaan pada suku kedua mencetuskan penjualan dolar," katanya.

Wendt berkata, selain kelemahan dolar AS menjadi pemangkin utama peningkatan emas, momentum positif logam berharga itu juga dipacu daya tarikannya sebagai aset selamat di tengah-tengah pergolakan perdagangan AS-China.

"Kenaikan kukuh memang tidak dapat dielakkan sama seperti mana pasca krisis kewangan global," katanya.

Harga emas mencecah paras tertingginya kepada AS$1,944.71 (RM8,268.43) seauns atau sekitar RM291.66 segram hari ini, mengatasi paras tertinggi AS$1,921.18 (RM8,168.60) atau RM288.14 segram yang dicatatkan pada 2011.

Penganalisis berkata, lonjakan harga logam berharga itu dicetuskan oleh kebimbangan mengenai ketegangan antara China dan AS serta peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

Katanya, kekurangan isyarat jelas dan kemajuan dalam pakej rangsangan baharu di Washington juga mencetuskan impak positif kepada emas.

"Langkah Fed melaksanakan langkah pelonggaran monetari besar-besaran menyaksikan dolar AS lebih rendah sekali gus melonjak harga emas.

"Pelabur juga mula mempertimbang kesan ekonomi jangka panjang disebabkan COVID-19 dan kini kurang memasuki pasaran ekuiti selepas pasaran saham mencatat kenaikan," katanya.

 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,232
Reaction score
1,750
Points
596
kena beli simpan banyak emas lani jangan ketinggalan
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,527
Reaction score
818
Points
171
spekulasi mcm ni biasanya tak lama, akan jatuh teruk sehingga urus niaga emas dan kedai jual barangan kemas tutup...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register